Menakutkan “Lapan lagi korban H1N1, jumlah 26”-Malaysiakini

Aku baca berita di Malaysiakini pagi ni, dimana Mkini melaporkan sebanyak lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

IbuBapa diminta utk pastikan anak2 memakai mask selalu dan menjaga kebersihan.Persoalan yg sentiasa aku tanya dan fikirkan, kenapa di Malaysia ni, hampir tiap hari lebih dari satu orang mati akibat H1N1. Peningkatan jumlah kematian setakat ini sangat menakutkan sekali dan harus dipandang serius, oleh pihak pemerintah bukan hanya kementerian kesihatan tetapi juga semua pihak. Kenapa ini terjadi disini? Kata kementerian kesihatan langkah2 pencegahan sudah diambil, sekolah dan institusi sudah banyak ditutup, kenapa tetap saja ramai yg mati dan terus dijangkiti virus ini? Takkan hanya itu saja yang mampu pemerintah buat…sampai bila kita harus melihat peningkatan jumlah kematian ini? apakah langkah2 drastik yg harus diambil oleh pemerintah Malaysia? Kita, rakyat sudah penat dengan kata-kata pencegahan saja…