8 kematian, 270 kes baru H1N1 dan aku Kembali kerja…

Pagi, beautiful people!

Semalam aku terpaksa ambil cuti 1hari. Tiba2 demam, sakit2 badan dan hidung  start gatal2 dan blok. Disebabkan sekarang ni musim sakit dan tambah dengan hal H1N1, pagi-pagi aku langsung ke klinik untuk check up. Sedang tunggu giliran, doktor yang bertugas keluar dari ruang pemeriksaan. Melihat hanya aku patient yg menunggu giliran di ruang tunggu, dia, si doktor bertanya ke aku, ” kenapa awak pakai mask?” aku terkejut dgn pertanyaan dia… apasal dia tanya aku kenapa aku pakai mask? bukan ke sekarang ni dah ramai yg sakit dan mati sebab H1N1 ni? heran aku, kenapa doktor tanya  soalan bodoh macam tu,  yang aku pikir tak sepatutnya  seorang doktor tanya. jadi aku jawab dgn jawapan bodoh juga, ” ya aa…sebab aku sakit dan flu…” (DUUHH!!)

anyway, ni berita terkini yang aku dapat dari malaysiakini;

Mkini: Tanda-tanda amaran

kemaskini 11.55pm Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian – termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini – dilaporkan.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru – rekod tertinggi dalam satu hari – dilaporkan.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan – termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu. (baca lanjut di Mkini) < klik sini