Kapitalis, H1N1 dan pandangan ‘gila’ Hishamuddin Rais?

Pagi ini, seperti biasa, aku akan baca berita di Malaysiakini utk mendapatkan perkembangan & info”taiment” baru. Ada satu tulisan yang menarik utk dibaca dan di kongsi bersama tentang virus H1N1 ini. Ini adalah pandangan dari seorang kontributor kolum di Malaysiakini, Hishamuddin Rais. Buat aku, boleh dikatakan pandangan isham ini “gila” , kritikal dan sebetulnya logik, dan ada baiknya kita baca dan bincang bersama

Isham Rais (panggilan mesra  blogger tukartiub), telah menulis tentang hubungan konspirasi kapitalis dengan virus H1N1. Salah satu pointnya, ada dikaitkan tentang strategi utk mengurangkan penduduk dunia. Dibuktikan oleh penulis iaitu pada tahun 1963 satu persidangan di Iron Mountain telah diadakan untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat– 1 . Apa yg dibincangkan dalam pertemuan ini? menurut penulis dalam fakta yg dijamahkan, pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

dalam tulisan isham juga, boleh kita baca tentang hubungan bioterrorism, dimana  terdapat 3 point yg telah di ajukan dari  hasil dari pertemuan di iron mountain itu.

– Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
– Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
– Melahirkan musuh sebagai strategi politik

dan dari situ, menurut penulis telah timbul;

keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Sangat menarik dan mengerikan apabila diselitkan memo dari Kessinger. Di tulisannya, Isham telah menguraikan dgn bahasa lebih mudah iaitu;

Kessinger melihat manusia miskinpenduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Aku bertambah tertarik dgn pembentangan isham, antara hubungan point “kurangkan penduduk manusia di muka bumi ini” dan lebih specific lagi, kaitan antara kata2 kessingger yg biadap yg melihat penduduk miskin sebagai sampah  dan hubungan bioterroism itu sendiri dgn  isu Virus H1N1.. dan kenapa si Isham ni telah meletakkan  “cop” lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis yang mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar dengan  penyalahgunaan & pencabulan ilmu pengetahuan dan penyelidikan ilmiah? ayo mari kita baca dan renungkan fakta/info yg di hidangkan oleh Isham Rais

selamat membaca.🙂