I’m back…. cerita pendek tentang H1N1 screen test.

Aku masih cuti dari kerja. Dapat cuti 3 hari dari doktor.

2hari lepas aku harus membawa anakku sidra ke Hospital Govmnt. Mulanya aku bawa dia ke klinik semi-gov di salah satu university disini.. Aku jelaskan ke doctor yg anakku ini sudah 3 hari demam panas turun  naik. aku tidak mau menutup sebelah mata dan confidant yg anakku bebas H1N1 juga…sebab aku tau chances utk sesiapa aja boleh dijangkiti itu ada. Apa lagi beberapa hari sebelum anak2 ku sakit, atukku telah bergegas dihantar kerumah sakit ICU kerna sesak nafas dan doctor  memberitahu yg kemungkinan besar dia di jangkiti virus H1N1. Virus ini biasanya akan menyerang org yg anti-bodi  yg lemah/ mereka yg mempunyai penyakit yg kronik. Dan seperti atukku, dia memang sudah uzur tua dan macam2 penyakit dan kemungkinan aja virus itu lekat di sesiapa yg dtg melawat dia sebagai “pembawa” dan virus itu menular ke mbahku. Nah, ini yg telah ku jelaskan ke doctor saat aku bawa sidra checkup, ke khuatiran ku, kerana ada aja kemungkinan anakku juga terkena virus itu, kerana dia yg sering melawat moyang nya seblum dimasukkan ke ICU.

Sebaik saja mendengar penjelasan aku, doctor  membuat surat followup checkup utk buat H1N1 screen test di Goverment hospital. Tengahari, aku pergi bawa anakku. Sampai di bahagian emergency,  aku tanya dimana boleh aku buat checkup screening? Mereka menunjuk  kearah org yg sedang duduk di bahagian luar bangunan emergency  “ disana” dia bilang. Dalam hatiku, kenapa mereka buat checkup di luar bangunan yg sgt panas. ok mungkin mereka tak mau virus ini menular kedlm bangunan tapi  takkan tak ada ruangan langsung dbangunan hospital itu  yg boleh dipakai.

sebelum aku marah2, aku cuba tenangkan diriku. aku pergi saja, mungkin…ini tempat mendaftar. 15 min tunggu di tempat tunggu yg sangat panas –urggh!panas tar tu yang bahangkan seluruh kawasan.  Disitu ada seorg yg bertanggungjawab ambil particular si sakit, sorang lagi urus blood pressure , dan ada 2 bilik; 1 bilik  kawalan demam dan yg ke2 bilik Isolasi.

pertama : beri particular – nama, IC, alamat rumah dan kontak no. (kira2 ambil masa menunggu 10min- Cuma 1 org patient dihadapan aku) kurang lebih 15 minit buat nulis details dan tanya beberapa detail tentang pesakit juga lihat samada pesakit ada surat doctor /tak.

Kedua: Check Blood preasure dan tempreture badan  ( tunggu nama dipanggil dalam 15 min. Check 10 min) waktu ini, tmpreture sidra sudah 39.7! mana tak panas, semua harus tunggu di tmpat yg lokasinya di depan entance emercngy building… dan make it worse atas jalan tar! Dah lah heat extra panas, wajarlah suhu badan akan naik. Aku aja yg tak demam jadi pening sebab panas bahang tar, ini kan anak2 kecil disitu! Kasian, ada tu masih bayi kecil, dan muka bayi itu merah padam kepanasan dan lemah.

Ketiga: Masuk ke ruangan kawalan demam. (tunggu dalam 15 min…kurang dari 10 min spend waktu di ruang kawalan demam) Apa yg dilakukan di ruangan ini? mereka memberikan ubat paracetamol, biar suhu badan turun.

Keempat: Jumpa higher ranking nurse utk dengar explanation proses yg akan mereka buat dgn test ini dan double check our paticular. Aku diberitahu yg mereka hanya akan buat followup call dengan patient yg ada positive result dgn H1N1.

Selepas ‘short explanation’ aku diminta ke ruangan kawal demam utk mereka ambil darah anak aku. (kurang lebih 20 minit )

dan yah, tu aja… lepas check up, the hospital bagi ubat paracetamol, ubat batuk, selsema dan… tamiflu.

so skarang result H1N1 anak aku masih pending…