3rd September ke Mahkamah atau ditangkap!

6529_120572967882_703307882_2479226_2548358_n

BAHAWASANYA kehadiran kamu adalah perlu untuk menjawab pertuduhan Bahawa kamu pada 26/12/2004 jam lebih kurang 1.00 petang di Surau Al- Mujahidin Krrea selatan Ciledong Tangerang didapati bernikah atau berbuat sesuatu berupa akad nikah atau menjalani sesuatu akad nikah dengan seorang lelaki berada bernama S.Ak – yang yg berlawanan atau menyalahi bahagian II, seksyen 20(1) Enakmen Undang-undang keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan bernikah tanpa kebenaran daripada pendaftar nikah, cerai rujuk Negeri Selangor, yang boleh dihukum di bawah sekyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003 dan dengan ini kamu dikehendaki hadir sendiri pada 3 haribulan september 2009 jam 9:00 pagi dihadapan mahkamah rendah Syariah di Petaling Jaya. – Saman Kepada Seseorang Tertuduh

Hey hoo teman2,

Bagaimana kabar hari ini, harap semuanya baik-baik saja di sambut dgn senyuman ceria pagi dari org2 yg terdekat dan tersayang. Hari ini aku mau sharing hal personal aku…

Aku telah disabit melakukan kesalahan dan denda yg akan dikenakan adalah tidak lebih dari RM2000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua2nya sekali.

Untuk pengetahuan teman2, pada 2004 aku dan partnerku ( sekarang suamiku) telah pun menikah di Indonesia dengan persetujuan kedua2 belah keluarga. Pernikahan itu di jalankan di Jakarta, di sebuah masjid dikampung pihak lelaki yg disaksikan oleh semua org2 kampung dan ahli keluarga. Jadi secara Islam, sebetulnya aku yakin pernikahan kami itu sah. Cuma menurut JAIS, setiap warga Malaysia sebelum menikah harus member itahu Embassy Malaysia dan JAIS harus menjalani proses seperti khusus kahwin etc .

Setelah pulang ke Malaysia, kerana hal visa dan registration yg lain di Negara ini, saya terpaksa mendaftarkan pernikahan kami di pejabat JAIS kurang lebih 2 tahun lalu. Kami telah pun melalui berbagai proses dari JAIS, Embassy Malaysia di Jakarta dan juga pihak imigrasi yg selalunya menyulitkan keadaan. Dan tidak dapat dinafikan kebanyakkan wang ‘saving ‘digunakan utk urusan itu, setiap 3/6 bulan suamiku harus keluar pulang selalunya bersama 2 anak ke Indonesia utk urus Visa. Dalam jangka itu, kita juga telah minta pihak JAIS dan Imigrasi utk mempercepat urusan kerana hal ini menyulitkan kami; pertama kerana hanya aku yg bekerja kerja fulltime, dan kedua, tidak ada org yg jaga anak2. Tetapi, apa pun yg boleh diharap dari pihak JAIS atau Imigrasi? They always taking thier sweet time.

Jadi baru sekarang ini aku trima surat saman dari mahkamah mengatakan aku telah melakukan pernikahan yg berlawanan atau menyalahi bahagian II, seksyen 20(1) enakmen undang-undang keluarga Islam Negeri Selangor, yg boleh dihukum dibawah seksyen 40 (2) iaitu denda tidak melebihi RM 2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

3hb September ini, aku diminta hadir ke mahkamah PJ. Semalam, selain seorg teman yg bantu aku memberi advice tentang kes ini, aku juga telah meminta advice dari temanku yg juga punya pengalaman dalam syariah law.

So yah, begini lah, menurut mereka aku bersalah dan layak di denda… dan menurutku, kalau pun aku salah, bukanlah kesalahan besar sampai yg menyusahkan atau melibatkan orang lain, kesalahan ku hanya kerana sebelum menikah kita tidak memberitahu pihak JAIS. itu saja. Apa itu salah disisi Islam ? mungkin salah di kaca mata perundangan Islam Syariah di Malaysia…herannya kenapa dendanya berat  dan kesalahan ini dikategorikan dalam kesalahan Jenayah keluarga? Huh! bunyinya macam lah aku mencedderakan atau mengambil nyawa orang…dan kenapa sampai penjara 6 bulan dan denda yg sebegitu tinggi. Bukannya aku tidak ada persetujuan dari keluarga, dan juga bukannya aku kawin lari dengan laki orang. Heran kenapa hal seperti nafkah anak, banyak bapak2 yg tak bertanggungjawab lepas dan tidak dapat dikesan. Dan kenapa pulak ada suami2 yg mudah saja kawin dgn anak dara / perempuan lain dgn mudah saja tanpa kebenaran isterinya dan keluarganya dulu…Apa ini semua adil?  kerana saya yakin Islam  bukan satu agama yg  keras, sadis, tidak berhati perut dan tidak berihsan.

apa salah kalau ada persoalan2 ini di dalam otak aku? persoalan2 dan rasa tidak puas hati aku dengan hukum-hukum “duniawi” Islam di Malaysia. Kenapa aku panggil Islam Duniawi Malaysia, lihat saja kita ada Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari,  atau Islam  ‘hududi’…Susah dan payah, apabila sesuatu agama di Institusikan…kerana pasti ada yg memegang kuasa total disini dan parah lagi  kuasa total itu dipegang dan diputuskan hanya dari manusia biasa seperti kita2 juga.