lembu dan segelintir org melayu yg tak pakai otak

Semalam, seperti hari biasa aku akan log in ke Facebook. Terkejut aku terbaca dgn status temanku Minta semua kawan-kawan bertenang dan tidak terperangkap dengan tindakan UMNO untuk cuba mencetuskan “racial riot” antara orang Islam dan Hindu dengan sengaja mengheret kepala Lembu di Seksyen 23 Shah Alam petang tadi.”

Pagi ini baru sempat baca malaysiakini (biasalah semalam sibuk hal domestic dan yg lain juga) dan aku sgt terkejut baca headline:

05b76d8d0a794a8f71335d7e03e2f549ARAK KEPALA LEMBU BANTAH PINDAH KUIL .Cerita ringkasnya; Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.
Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Baca lanjut di Malaysiakini

521e53ed5bf1049e7ae1f439edc35a20Menurut aku tindakan mereka melakukan aksi ini, sangat biadap dan lari dari isu yg sebenar yg mereka mau angkat. Tidak salah menurutku kalau kita mau protest dgn sesuatu yg kita rasa tidak puas hati dan setuju…tetapi haruslah pikir sensitiviti kaum lain juga. Dan dalam hal ini, dengan memotong kepala lembu  dan mengarak kepala lembu yg masih berdarah ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, sangatlah biadap dan memaparkan sifat yg tidak peka atau mungkin tidak peduli dgn kepercayaan kaum lain. Tidakkah mereka (segelintir org MELAYU) ini guna otak yg telah dikurniakan dimana dengan tindakan seperti itu secara langsung menghina org yang beragama hindu?Aku sendiri yg bukanlah orang hindu rasa marah dan malu dengan tindakan mereka yg bodoh itu.

Pikir lah sebelum berbuat sesuatu, aksi mereka ini secara langsung boleh mengakibatkan sesuatu yg lebih buruk kerana tindakan bodoh dari mereka!  Mereka, segelintir org2 melayu ini pasti telah membangkitkan rasa marah orang2 apa lagi orang2 yg beragama hindu. Dan siapa mau percaya saat mereka bilang ini bukan untuk hina hindu;

Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh,” jelas Mahyuddin.

Kalau protest pemindahan kuil jgnlah hanya guna hal2 simbolik org melayu! COME ON lah! hoi! pikir lah sikit, si otak sinting Mahyuddin cakap hanya melihat “budaya melayu” padahal isu  dan aksi mereka ini jelas akan menyentuh bukan hanya org melayu tapi orang-orang bukan melayu juga. Sensitif lah sikit dengan simbol2 dan kepercayaan orang-orang lain juga.

Entahlah, Malaysia ni kadang makin lama makin mengarut dan tak masuk akal. Buatku, biarlah buat kuil di tempat org melayu, kenapa dan apa salahnya? walaupun orang2 yg beragama hindu hanya sebilangan kecil dikawsan itu, mereka juga harus diberi perhatian dan layak menerima tempat ibadah mereka di kawasan tinggal mereka. Banyak masjid/surau ada dikawasan yg minoriti orang melayu. jadi kenapa harus pentingkan diri sendiri sampai menghina kepercayaan agama lain. Cuba kalau ada orang bukan melayu protest pembinaan masjid/surau dikawasan majoriti  org bukan melayu dan dalam aksi mereka, mereka bertindak meletakkan atau membaling2 Al-Quran di jalan. Pasti orang2 melayu akan marah juga.