H1N1, Mahkamah, Kematian, Low blood preassure..bulan puasa penuh yang penuh Arrghhh!

pikiran kacau sekalipun, mesti diberi tempat. agar hidup kita menjadi lbh gila. lebih berwarna… (kata-kata dari seorang teman.)

Salam buat semua,

Bulan puasa pun sudah hampir tamat…semua sekarang pada sibuk2 siap-siap untuk berhari raya. Yang pulang ke kampung, yang buat kuih, last minute shopping etc. Tapi buat aku, raya tahun ni walaupun tidak dapat pulang berhari raya di kampung mertua (jakarta) seperti yang kami rencanakan,  aku tetap senang kerana aku dapat berhari raya bersama suamiku dan anak-anak. Tahun kelmarin, aku dan anak2 terpaksa berhari raya ‘terpisah’ dgn suamiku…atas kerana suamiku tidak dapat melanjutkan visanya.

Selama bulan puasa, macam-macam yang aku lalui. Awal puasa atukku sakit dan harus dibawa ke ICU, kerana dia mengalami masalah pada paru-paru dan pernafasan, doktor telah buat check up utk H1N1. Dalam hari dan minggu yang sama kedua-dua anakku demam panas berlarutan.Anakku yang pertama, sidra, juga harus dibawa ke hospital putrajaya untuk buat checkup dan test H1N1. Tapi result dari test itu negative buat anakku. Dalam 4 hari cuti kerna anakku sakit, aku& keluarga terima surat arahan quarantine dari hospital Putrajaya kerana result test dari atukku masih pending. quarantine bermula dan diminta untuk lanjutkan sampai result dari test diterima.

Bukan hanya itu saja, dalam pada waktu yang sama, aku terima surat dari mahkamah tentang saman bernikah diluar negara. Pusing kerana wang tidak mencukupi untuk bayar denda membuatku makin tambah stress. Tapi untung aku punya beberapa teman2 baik yang bantu untuk buat donasi, beri free legal advice dan semangat untuk terus semangat dan berjuang. semua berjalan dengan baik dimahkamah, dan wang yang dikumpulkan dari donasi cukup untuk membantu meringankan beban. Tapi pada hari yang sama sebelum aku berangkat ke mahkamah, sedang bangun untuk bersahur, aku trima sms dari ibuku mengatakan atukku telah meninggal dunia pada 3.20am. Arwah atukku dikebumikan di Johor. Aku tidak dapat ikut pada hari perkebumian kerana harus ke mahkamah untuk perbicaraan.

Setelah itu pada minggu berikutnya aku terpaksa ambil cuti lagi dan doktor beri aku cuti tiga hari kerana low blood pressure. Nah,there you go, challange of my life, mungkin org2 lain lebih berat dari ini juga. Tapi ini sekadar mau berkongsi saja, hal2 seperti ini terjadi, membuatkan saya sedar masih banyak orang-orang baik yang mau membantu tidak kira mereka kenal kita atau tak, kita semua manusia datang dan pergi bila-bila masa dan menjaga kesihatan dan permakanan yang sihat itu penting terutama musim2 banyak penyakit…org bilang dugaan bulan puasa, all i can do is smile & bersyukur kerana semuanya pasti ada jalan penyelesaian, hikmahnya, dikelilingi dgn orang2 yang baik hati dan selalu diberi kekuatan.