I love you, you love me!

Nota terima kasih; kes pernikahan aku diluar negara.

Aku ingin mengucapkan terima kasih banyak buat semua teman-teman yang telah banyak membantu kami dari membantu mengumpulkan dana, membuat donasi dan juga memberi semangat, legal advice, dan juga doa. Terima kasih banyak, sejujurnya aku(kami) tidak tahu bagaimana boleh membals semua jasa baik dan generosity dari teman2 semua.  Terima kasih banyak, kerana setiap wang ringgit yang di donasikan kepada kami, tidak kira sekecil mana jumlahnya, pasti dan sangat membantu kondisi kami ini sekarang ini. Tanpa respond positive, kata-kata semangat dan legal advice yg diberikan mungkin sangat sulit untuk aku menempuh semua ini sendiri.
Syukur kerana semuanya baik-baik saja. Dimahkamah syariah, kes saya dipanggil pertama, dan mereka membacakan tuduhan keatas aku. Dengan mengaku bersalah menikah diluar negara tanpa memberitahu Jabatan Agama Selangor (JAIS). Atas tuduhan itu, aku membuat rayuan dihadapan Hakim Syarie untuk mengurangkan denda kerana beberapa sebab,

1) ini adalah kesalahan pertama

2)Kerana suami masih sosial visa pas dan tidak bekerja, dan masih harus keluar malaysia setiap 3/6 bulan  dalam setahun.

3) anak masih kecil dan  gaji tidak besar.  Kerana suami saya masih dalam visa sosial dan tidak dibenarkan bekerja mengikut undang2 di Malaysia, adalah tanggungjawab aku untuk menanggung & menyara  dua anak kecil dan suami.

Rayuan diterima dan hukuman diringankan. Setelah bayar denda, hal nikah ini tidak habis disini aja.  Kita diminta untuk buka kes dan register nikah nanti, dan ini  akan perlukan legal advisor untuk itu juga. Tapi setidaknya kes tuduhan kesalahan jenayah keluarga telah selesai.

sekali lagi, terima kasih banyak buat semua yang telah banyak membantu kami .🙂