malam raya bertakbiran dgn kotak bercahaya (TV)

kad raya

Kalau dalam film Charlie’s Angles ada kotak bersuara untuk menerima arahan dari Charlie…lebaran di sini, dgn mendengar takbiran syawal  yang datang dari kotak bercahaya yg lebih kita kenali sebagai television. Dan aku rasa bukan aku sahaja yg bertakbiran dgn kotak ini…mungkin ramai lagi yg mengalami hal yang sama juga. Al-maklumlah hidup di sini kan sudah serba-canggih dan moderen…apa kelas dengan bunyi pukulan bedung dan takbiran org2 yg mengelilingi kampung…kan?

Tapi menurutku, dengan tradisi KAMPUNG inilah yg sebetulnya membawa hari raya lebih berwarna dan mesra…selain merayakan ‘kemenangan’ ataupun menyambut bulan syawal, waktu malam takbiran adalah waktu anak2 gadis dan mak-mak berkumpul, memasak, pasang langsir, kemas rumah etc…bapak2 pula siap2 beramai2 utk kumpul dan memulakan takbiran di dalam rumah bersama atau disurau2 atau berkeliling kampung untuk bertakbiran dari rumah ke rumah…anak2 lelaki yang tidak ikut takbiran, akan menghabiskan malam itu dengan mengacau dodol, rendang dan merebus ketupat. Anak2 kecil, malam yg paling indah adalah malam takbiran, rumah yg indah dihiasi dgn lampu ngalap-ngelip dan pelita, pasti bertambah riuh dan indah dgn  suara girang anak-anak kecil yg asik bermain bunga api dan bertukar-tukar cerita tentang baju & kasut raya dgn saudara2nya yg lama tidak bertemu. Itu sempat aku merasakan saat aku masih kecil sewaktu arwah atuk & nenekku masih hidup.

photo rumah Arwah atuk dan nenek di kampung

photo rumah Arwah atuk dan nenek di kampung. (hanya dalam kenangan sebab rumah ni dah pun dijual oleh pakcik atas sebab tak mampu nak urus rumah peninggalan)

Terlalu beda sekarang ini, apalagi rumah orgtuaku (keluargaku) yang tinggi diawan (dicondomimium). Kerana kebiasaan dengan kehidupan yg selalu inginkan private, jadi kalau lebaran juga tidak terasa  UMMPH! seperti  menyambut dikampung. Maaf, kalau ada yg kecil hati, tapi ini adalah jujur dan ini yg terjadi…takbiran hanya dari suara artist2 Malaysia yg bertakbiran, selang-seli dgn lagu2 hari raya dan diteruskan dengan acara salam Aidilfitri. Makin lama, raya yang seperti ini menjadi semakin kaku. Untunglah makanan hari raya masih dimasak ibu, kuih muih dibuat akak& adik  dan rumah dikemas sendiri (tanpa menyuruh maid atau org lain) Akan lebih baik kalau dapat anak2 kita juga merasakan asiknya hari raya seperti dikampung. Maksud Kampung disini, tidak semestinya di kawasan kampung,  tapi setidaknya suasana malam takbiran masih dapat dirasakan dan dikekalkan seperti dulu…kerana tidak ada salahnya kita mengekalkan sesuatu yang membahagiakan untuk mengeratkan lagi sesama keluarga kita.

Syukur, aku di jodohkan dgn org Jakarta…dan dirumah dan kawasan kediaman mertuaku, masih lagi mengekalkan suasana meriah, riuh rendah malam takbiran. Bukan hanya suaran takbiran  lantang diudara, tapi pukulan beduk masih lagi kedengaran sepanjang malam takbiran, suara anak2 kecil riang menyambut syawal…ibu-ibu dan anak2 gadis dan mak gadis sibuk memasak dan membersih2 rumah dan masing-masing selalu bergelak ketawa dan merayakan hari raya seadaanya. Tidak, aku bukan coba membandingkan mana yang baik dan yang tidak, semua suasana yang aku gambarkan adalah reality dulu dan sekarang…dan personally, aku lebih prefer suasana hari raya seperti dikampung, suara takbiran yg bukan dari television, kecoh malam raya bukan dari artist2 instant,  ketawa dan tangisan rindu bukan dari rancangan  pesanan salam aidilfitri , dan bukan duduk rapat  tetapi mata menatap kotak bewarna. Malam takbiran yg dirasakan dulu , masih aku dapat rasakan waktu pertama kali berhari raya dgn keluarga mertua, dan malam takbiran seperti ini adalah waktu kualiti keluarga, dimana semua TV yg sentiasa menganggu hubungan mesra keluarga dipadamkan, dan hubungan antara keluarga bapak,ibu, anak  parents, suami istri, mertua, pacaran etc dapat dilihat dgn mata kasar dan dirasakan hangatnya dan hidupnya suasana hari raya.

Apa2 pun, aku bersyukur kerana raya tahun ini aku dapat berhari raya lengkap dgn suami dan kedua anakku🙂