“smart way to travel” RapidKL

Dah beberapa kali aku terpaksa menerima padah bila lambat datang kerja, dan bukan kerana aku. Satu sebab yang biasanya aku terpaksa lalui adalah bas lambat datang, tak tepati masa yg sepatutnya datang… dan aku rasa kali ni dah cukup utk aku diam dan sabar.

kepada RapidkL,

Diharapkan untuk rapidKL review overall performances company. bukan hanya KEUNTUNGAN yang didapat dan jumlah orang naik bas/LRT. tapi yang lebih penting perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat umum. ADAKAH performance RapidKL mencapai tahap standard public transport negara2 maju? Penumpang bukan hanya mau tau statistic ini;

RapidKL today transports approximately 600,000 passengers daily: 300,000 on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 280,000 on the bus system. RapidKL provides services across 48 rail stations and 167 bus routes.

tetapi tahap peningkatan perkhidmatan dari segi waktu yang dijadualkan antara Ampang line, Kelana Jaya line dan sistem bus. Saya personally menghadapi masalah bas tak datang tepat waktu…dan saya pasti bukan hanya saya yg terganggu dgn kelemahan sistem RapidKL ini.

Adalah sangat tidak professional jika saya memberitahu majikan saya yang saya terpaksa tunggu bas 1 1/2 jam untuk menaiki bas yang hanya mengambil masa perjalanan 15min utk membawa saya ke LRT station berdekatan. Tetapi ini yang berlaku dan bukan sekali…hampir tiap kali. dan tidak layak sama sekali RapidKL claim tagline”smartway to travel” kalau penumpang susah untuk menyusun waktu utk pergi ke kerja kerana waktu bas yg tidak menentu dan datang suka hati. Membeli kereta peribadi untuk ke pejabat bukan solusi untuk menangani masalah ini, malah ini akan memburukkan lagi keadaan jalanraya .

Tidak semua org mampu memiliki transport dan kereta sndiri, jadi sebagai PUBLIC TRANSPORT Company yang sudah diberi tanggungjawab memberi perkhidmatan umum sepatutnya di tunaikan. Dan menjadi tanggungjawab rapidKL untuk memberi perkhidmatan yang baik supaya penumpang yang mengambil RapidKL sebagai transport utk ke kerja boleh menyusun waktu dan memastikan ia tidak menggangu waktu perjalanan penumpangan dan budget yang sudah ditetapkan. Tindakan displine harus diambil kepada bas driver yg suka melepak di station2 LRT.

Oleh kerana itu review overall adalah perlu untuk meningkatkan perkhidmatan. Hal paling asas fungsi public transportation adalah memberikan perkhidmatan yang tepat pada waktu, berjadual dan transport sampai ke masyrakat umum. Kalau hal asa ini masih bermasalah, tidak layak rapidKL mamakai tagline “smartway to travel” dan tak layak menjadi public transport umum.

ini antara komen untuk pihak rapidKL mengambil kira

asik tukar ialah route2 tah ape2 dengan bas lompat cam nak mati aku dari bt caves ke cyberjaya…bila orang mula nak hafal bas ape lepas tu lrt ape …jee dah tukar lagi……ada driver yg very polite, ada yg kurang sopan sampai masuk line kuang ajaq kat warga asing

sistem tiket bulanan pulak…fuiyohh….kalu sekali tiket aku tu tercicir matila tak pi kerja…pastu kenapa seat dia ada yang mengadap orang tu ya…selalu bikin org nak meloya terutama ibu2 mengandung

kepada pembaca rapidKL ada facebook page: sila like mereka dan beri komen anda tentang perkhidmatan mereka. Ini juga mungkin boleh membantu utk membaiki services yg sepatutnya diberi.