sempena hari wanita

Hari ni hari wanita sedunia. Dari pagi aku buka twitter dan FB, ramai yang wish “happy international womyns day” etc.

Baguslah sudah menjadi trend utk ramai orang wish hal2 macam ni. Ada yg betul meraikan dan ada yg aku lihat mungkin nak tergolong dalam  trend supaya menjadi happening atau kalau lelaki mungkin nak melebalkan diri sendiri sbg golongan yg “respect wanita” :P… Apa2 pun niat kalian, ini yg aku nak kalian pikirkan kembali tentang simple konsep yg mungkin ramai wanita ingin diraikan bersama…

Banyak benda yg dicakapkan oleh geng2 perjuangan hak wanita  ni, aku ambil yang mudah…

EQUALiTY atau kesamarataan

Jgn jadi hipokrit kalau kalian masih melihat wanita hanya sebagai pendamping & padahal masih terganggu jika wanita menegur kelemahan kalian. Tak guna kalian bercakap tentang perjuangkan equality dan realitinya kau melenting, naik angin, nak baran bila ditegur. Tak kisah lah berpangkat atau tak wanita yg menegur tu, sekiranya teguran masih tidak boleh mendapat toleransi atau kau menutup diri dari perbincangan, tak payah nak berangan-angan dan bercakap manis tentang kau boleh menerima women as leader etc kerana jelas sifat seperti ini adalah ego. Akui aje lah kalau kalian yang ada sikap macam ni, sebab sebenarnya kalian belum boleh trima bekerja atau ditegur wanita.

pekerja dan majikan... "dont question your boss just do your work"

Ego memang perlu ada, baik lelaki atau wanita, tapi jgn ego sampai menampakkan kebodohan diri sendiri. So buat apa nak hipokrit wish kita, wanita,” happy international womens day” kita wanita tak perlu wish. Dari org2 hipokrit.Ini juga ditujukan kepada lady bosses yg kononnya menjaga kepentingan hak pekerja wanita, tapi realitinya menindas pekerja wanitanya sendiri. Bagi aku Kalian tak layak nak raikan womens day ni.

Bercakap tentang equality, haruslah bermula dirumah. Menjaga hal2 rumahtangga adalah tanggungjawab bersama, sama juga mencari rezeki adalah tanggungjawab bersama. Di zaman sekarang ni perit hidup kalau hanya satu dari kita yang ada income. Nah, kerana itu aku lebih setuju apabila rezeki (income) juga tanggungjawab bersama, dan haruslah dikongsi bersama.

Bagi aku dan juga suami aku, konsep equality dirumah tidaklah hiraki dan patriaki. Contoh mudah, kalau isteri juga bekerja sama waktu macam suami, adalah tanggungjawab bersama utk menjaga keadaan rumahtangga, contohnya suami bantu sidai baju, isteri masak, suami cuci piring, isteri kemas rumah. Kalau kalian suami masih hanya pulang dan minum kopi dan isteri buat semua kerja rumah, ya tak payah lah nak ucap “selamat hari wanita” cos your wish is fucking bullshit!!

Buat aku simple, equality is respect. Kalau kalian nak dihormati, belajar menghormati orang lain dahulu dengan mendengar, toleransi dan berbincang. Belajar menyelesaikan masalah dgn bukan hanya kepentingan diri tapi kebaikan buat semua. Treat wanita sebagai partner mu. Kalau kau lihat dia lemah, bantulah dgn sikap seorang pemimpin dan bukan sebagai ketua. Belajarlah memasak dan mengemas rumah kerana itu tanggungjawab manusia dan basic rule as human being. Kalau hal simple ini kalian tak mampu buat… Utk lelaki, tak perlulah nak mengaku kau lelaki, kerana memalukan sahaja. Untuk wanita, cermin dirimu dan cuba belajar meletakkan diri dalam situasi org lain, hidup ni bukan mudah yg kalian pikir.

Utk semua wanita, buatku kita tak perlu hari wanita utk raikan, cos being a women is to special to celebrate for one day.. So let’s celebrate it everyday by respecting our self as women.