manusia setengah dewa

Bau aroma pilihanraya sudah mula kita hidu. Politikus dan parti masing2 baik kiri kanan atas bawah, semua sudah mula merencanakan party nya . Heboh, di twitter, facebook…promo parti, menjemput orang2 datang, hey hey hoi hoi “kami dihati rakyat, kami side rakyat, kami bersama rakyat, rakyat didahulukan semua. SLOGAN-SLOGAN . kempen2 tentang parti2 politik “bercakap manis” untuk memberi perubahan hidup utk rakyat jelata, “good governance” dijual macam jualan murah… I bagi u ini bila kita diberi peluang sekali lagi memerintah, I bagi u itu kalau kamu UNDI kami. UNDI lah kami…blah blah blah, ya ya ya…betul betul betul.Tersengeh-sengeh kambing masa berucap. Mengharap . Semua berkumpul, yang tertindas,yang ditindas , yang menindas sdg hangat di “cakapkan” di ruang ruang publik, di arena masing-masing. Geng-geng bukan kiri atau kanan yang  lebih kepada check and balance, juga sibuk menyusun langkah memberi “education” utk citizen supaya menjadi lebih bijak dan menjalankan tanggungjawab  mengikut expertise masing-masing. Kena ambil port dan role sbg expert utk periuk nasi juga (opps..)

Rencana Pembangunan makin menjadi-jadi, MRT masih dibincangkan hanggat, orang yang bercakap ni, berlawan2 bagi fakta itu ini, dan kita semua tau mereka ni bukan pengguna public transportation. semuanya argument adalah Facts and figures…tapi bukan reality facts. MAsalah asas public transport di malaysia seperti bus tak boleh harap, ikut suka datang jam berapa, bas tersadai, air cord tak rasa, itu semua dikaburkan dan tak de orang nak selesaikan. ya lah, satu pihak pentingkan project jalan, “kroni” untung, dan satu pihak, ‘perjuangkan’ isu utk dapat sokongan. Ini hanya pemerhatian aku.

dekat2 pilihanraya ni, malah kalau di lihat sewaktu berlakunya by election, banyak janji2 ditabur oleh politikus2. Dikampung banyak projek2 yang dikatakan sedang dirancangkan, peluang-peluang pekerjaan juga dijanjikan, ada juga dalam berita keluar tentang cikgu2 yang perform juga katanya ada bonus nanti…janji janji janji, jangan lupa dibuktikan kalau dah terima undi.

Isu2 masalah masyarakat digunakan utk menangkat agenda masing-masing. Ini dunie politik, yang tak lari dari kepentingan individu yg memegang role dalam society. Masalah realiti hidup rakyat  ditutup atau dikaburkan dengan isu-isu sensasi icon-icon politikus…. seluar dalam, hormon Y….kes jatuh bangunan yang tak sudah, isu first lady, org ada nama rogol pembantu lah, polis tembak org suka hati, bakar buku, bakar sana bakr sini, banned sana sini  etc etc… hal ni sudah banyak kedengaran di media2 masa dan menjadi perbualan kedai kopi oleh abang2 dan kakak2 yang layan teh tarik jam 10 pagi, punch in card keluar office lagi…tapi sampai bila sensasi ni nak selesai…cakap punya cakap, harga barang makin naik, minyak melompat lompat price tak terkawal, bila orang bagi komen, mereka kata ini masalah dunia, jadi persoalannya sekarang siapa yang boleh membantu kita rakyat ni dlam masalah basic needs yang makin menekan hidup.

Polis Moral, masih saja berkuasa seperti org2 yang berlagak seperti Tuhan kecil dimuka bumi ini, menutup mata dan tak peduli pun utk betul2 membela orang yang ditindas. Mereka ini yang punya kuasa membiarkan saja orang-orang yg memperbodoh2 kan syariah itu sendiri,  seperti bapa2 tidak membayar  nafkah anak, kawin dua tiga empat tanpa pengetahuan isteri etc. Kenapa tidak ada orang yg punya kuasa boleh bantu menyelesaikan ini, apa kerana wanita menyuarakan hak  dipandang remeh? belum cerita tentang laki pukul bini lagi….banyak masalah yg sepatutnya pihak tertentu memberi perlindungan tetapi tak diberikan kerana alasan ini isu RUMAH TANGGA. Ini bukan masalah rumah tangga ini social ills.

Orang2 yang “bijak” pandai agama, berlawan2 bagi “khutbah” tentang islam mana yg paling relevan utk muslim malaysia. Haram itu, haram ini, concert tak boleh, seksi tak boleh, jalan pegang tangan tak boleh, valentine tak boleh, semua lah tak boleh. Raid hotel murah, tangkap semua,  saman semua…tapi hotel  five star, tak pernah pulak ada yang raid…kenapa? tak perlu  raid lah, anak dato, bapak dato, mak dato semua ada,…biasa, double standard , hipokrit dan guna agama biar org tak berani argue…baru tuhan muka bumi dan org punya kuasa boleh hidup, dan menjadi “releven” dan disembah!. fuck off lah. Setan bertopengkan agama!

Honestly …Tak de parti politik dan politician yang aku respect sekarang ni. Kalau pun ada, parti politiknya pulak macam sial. sebab semua org2 ni meletakkan diri sebagai BOS…dan bukan LEADER. so how the FUCK are you going to LEAD this country?

lagu iwan fals ni aku tujukan khas utk kebanyakan wanker politikus yang sedang berkuasa dan yang teringin nak berkuasa. Ingat kami ada kuasa to vote you in and vote you out! so do your job, be a leader and don’t just fucking around,talk talk and lie lie, because we are tired with this non-sense!

_______________________________

IWAN FALS MANUSIA 1/2 DEWA

Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam goa
Goa yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mau dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mau

Tegakkan hukum setegak tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mau

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Tegakkan hukum setegak tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini