Semarak Menyala by A Samad Said

aku nak share puisi  Semarak Menyala dari A Samad Said….Thumbs up buat BERSIH2.0!

Semarak Menyala

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Kini telah pun dibunuh warna,
bunyi juga ditulikan sama.
Bakal diEO pula kekata,
lengkaplah kerakusan kuasa.

Wewira arwah mula diserlah,
mereka konon dikata terluka.
Sejarah Darurat dighairahkan
demi perlanjut kekuasaan.

Bernyanyilah kita lagu lara
seratus, seribu dan sejuta.
Ya, demokrasi sedang luka
dan kitalah saja penyembuhnya.

Unggun Bersih semarak menyala
menerangi sanubari kita.

3.7.11. A. SAMAD SAID

<object style=”height: 390px; width: 640px”><param name=”movie” value=”http://www.youtube.com/v/iAW3BLn7E2c?version=3″><param name=”allowFullScreen” value=”true”><param name=”allowScriptAccess” value=”always”></object>