penjara di negara sendiri

Pasti majoriti dari kita, ingin ada peluang utk belajar dan masuk universiti. Tapi hakikatnya pembiayaan kos pembelajaran itu tidaklah murah dan tidak semua dari kita mampu utk menanggung pembiayaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) walaupn kita layak dari segi pencapaian pembelajaran. Hakikat di dunia, tak semua orang dilahirkan serba mencukupi, tak semua orang dilahirkan dengan pendapatan ibubapa cukup utk menanggung pembelajaran kita, senang cerita tak semua orang mampu. AKu bukan lah dilahirkan keluarga miskin tapi saat aku masuk IPT, ibubapa aku harus menangung 3 anaknya yg juga menuntut di Uni dan adikku yg masih sekolah. Jadi wajarlah kami harus mencari alternative lain utk membantu meringankan beban tanggungan keluarga.

Aku dulu jurusan Seni lukis, pengkhususan Seni halus. Jadi kos pembelajaran memang tinggi, terutama utk membeli alat melukis etc. aku pun tak ingat macam mana aku boleh terjebak  tapi yang aku tau, aku taknak susahkan mak aku dgn minta duit ke dia utk beli cat setiap semesta.

Mari kita lihat secara ringkas apa itu PTPTN. PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 Objektifnya adalah Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

 Ok lah, secara jujurnya, selama aku belajar memang membantu dengan ada loan PTPTN ni, tapi aku tak paham kenapa harus ada kadar interest yang tinggi, dan blok org2 yang ingkar bayar balik utk keluar negara (blacklisted). Seingat aku, waktu aku sign kontrak tidak ada tertulis tindakan blacklist keluar negara akan diambil bagi mereka yg ingkar. Ini bukan masalah tak berterima kasih, Aku merasakan PTPTN harus  melihat kepada perkembangan pemohon selepas dia graduate. PTPTN harus melihat dan ambil kira faktor2 spt:

1)     adakah dia bekerja tetap/ menghasilkan income bulanan

2)     Faktor tanggungan keluarga setelah bekerja etc

3)     Status kewangan

4)     Dan cara alternative pembayaran jika pemimjam masih menggangur dan tidak mempunyai kerja.

Ini antara faktor yg harus dipertikaikan, aku rasa rata2 yg jadi peminjam PTPTN adalah bukan dari keluarga yg mampu pun.

Bagi pendapat peribadi aku, bantuan pendidikan spt PTPTN seharusnya membantu mahasiswa bukan saja waktu pendidikan tapi juga skim pembayaran balik yg tidak berdasarkan keuntungan  faedah/interest. Kenapa harus ada interest tinggi spt bank?  Lembaga seperti ini yang objektifnya selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan seharusnya tidak berlandaskan keuntungan seperti perniagaan/bank, kerana tujuan dan objektif bukanlah profit seperti dalam visi, objektif PTPTN

Secara peribadi aku rasa kalau faedah tidak dikenakan tak lah berat sangat nak bayar balik pinjaman. Masalah skrg Faedah yg dikenakan buat peminjam menjadikan ini seperti hutang smpai mati. Kenapa aku berpendapat begini, kita lihat kes aku:

Ini maklumat yang diberi dari PTPTN secara verbal sahaja:

Jumlah pinjaman: RM26,000

Anggaran kasar yang harus aku bayar sekarang dengan rate interest 8% adalah RM40,900

Dari kontrak dulu, bermula dari tarikh Nov/2003 aku harus mula bayar sebanyak RM263.23, dimana harus selesai bayar pada 2013/Oct. PTPTN telah mengeluarkan surat saman dari mahkamah pada 18.12.2008 di mahkamah Johor bahru. Dari perbincangan “rayuan” aku buat di pejabat PTPTN pada nov2011 utk clearkan nama dari blacklist, aku harus membuat bayaran RM10,000 utk clearkan nama sahaja dan bayaran bulanan sebanyak RM566.60 (anggaran 4tahun bayar hutang) dan potong gaji.

Persoalan aku sekarang, macam mana aku dan keluarga aku nak hidup? gaji aku bukan besar pun tambahan pula tanggungan aku dalam 3 org anak yg masih kecil dan dalam keluarga aku hanya aku income tetap. Secara asasnya aku harus bayar bulanan sewa rumah, biaya sekolah 2 anak, perbelanjaan anak tiga org, bil-bil bulanan. Ini belum termasuk, monthly commitment lain/bayar balik dari kawan2 yg pernah bantu aku dulu. Dan belum lagi kalau tiba2 keperluan utk aku mengambil kereta buat keluarga aku…maksudnya aku kena berhutang ke bank kalau aku nak ambil kereta etc. Jadi realitinya hidup kita rakyat biasa adalah menyara orang2 yang memang sudah mampu berdiri dengan sendirinya dan sedihnya kita hidup nyawa2 ikan utk sara keluarga kita sendiri. Kerana tidak Mampu dan tidak punya rezeki lebih, aku terpaksa “terima” yang aku ni dipenjara dalam negara sendiri.

Apa yang aku nak persoalkan adalah sistem faedah yang dikenakan dan tindakkan mereka dengan  blacklisted dari keluar negara. Bukan kah kalau rujuk Islamic economic, Riba tu Tak boleh, atau mcm banyak “ustadz” selalu ckp, Riba itu HARAM. Saya Bukan nak defend diri dgn ‘gunakan’ hukum dlm Islam, tp menurut Negara&pemerintahan, bukankah Malaysia mengangkat nilai-nilai Islam dan  ingin menjadi contoh negara islam. Kenapa hal ni taknak pulak diorg guna Islamic Economic jurisprudence. 
apa itu Islamic Economic Jurisprudence: memetik dari wikipedia 


“There are two types of riba discussed by Islamic jurists: an increase in capital without any services provided and risk taking, which is prohibited by the Qur’an, and that prohibited in the Sunnah which comprises commodity exchanges in unequal quantities.”(boleh research lagi hal ni, ni contoh simple dlm bahasa org biasa macam aku ni)

Jelas kalau dlm Islam, Riba(Interest) tu tak boleh, apalagi kalau skim yang utk meringankan beban rakyat spt loan PTPTN seharusnya tak perlu lah kenakan interest/faedah. Sebagai lembaga yg support kerajaan haruslah lebih peka dengan hal ini. Skim Bayar balik harus di lihat kembali oleh Govt utk menjadikan ia mudah dan tidak mencekik peminjam yang rata2 dari golongan bukan kelas mewah/mampu.

Aku tak kesah bayar balik jumlah yg pernah pinjam tanpa membayar interest yang terlalu tinggi dan hilangkan nama dari blacklist…hapuskanlah rate interest yang menekan kami ni.

Aku rasa sebelum korang cakap aku tak berterima kasih atau tuduhan2 lain, korang kena tahu lebih dalam kondisi hidup orang..aku boleh bayar balik lah hutang plus interest yg bloodsucking tu… dgn tak hantar anak-anak aku ke sekolah, bagi diorg makan roti kering/dumpster dive tiap minggu dan hidup kat jalanan.

 Setiap orang ada hak untuk hidup, untuk sementara waktu ni  aku sebagai seorg ibu dan isteri memilih memberikan tanggungjawab aku untuk membesarkan anak2 aku dgn rezeki yang aku dapat seadanya. Sejujurnya aku tak ada duit utk aku bayar PTPTN sekarang ni, kalau mereka nak aku bayar dgn interest rate yang dikenakan mereka haruslah merompak aku.