Penulisan untuk Pameran “Kuasa, Harapan dan Tanah”

Baru-baru ini sempena bulan kemerdekaan Malaysia Balai Seni Visual Negara (Malaysia) telah melancarkan pameran sempena hari kemerdekaan iaitu “Kuasa, Harapan dan Tanah”  Saya telah di jemput sebagai penulis tamu untuk menulis dalam katalog pameran. Dibawah adalah antara section penulisan yang telah saya kontribusikan kedalam katalog ini. Diharap dengan adanya pameran ini, ia akan membuka ruang diskusi yang lebih kritis dalam konteks seni dan sosial politikal di Negara ini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran ini yang masih di pamerkan di BSVN.

Imej dari kurator Balai Seni Visual Negara, Intan Rafiza

Pameran ini  adalah eksposisi dari  karya koleksi BSVN dari pelbagai medium penghasilan karya dari pengkarya – pengkarya
seni visual dalam ruang , masa  dan pengalaman masing-masing.

Pameran KUASA, HARAPAN DAN TANAH adalah dedikasi buat para patriot seni  yang menggunakan seni sebagai senjata dan kreativiti dalam menyampaikan  mesej tertentu. Malah tiada darah atau kematian yang mengiringi perjuangan  tetapi  rakaman visual melalui kepelbagaian medium seni yang  akan  bertahan  100 tahun lagi. Koleksi ini  adalah tanda pensejarahan pengkarya seni visual  terdahulu dan kini yang berekspresi dalam berhubung dengan masyarakat sekeliling.  Ianya tanda sokongan dan percaya kepada kuasa kebebasan suara rakyat, sistem demokrasi   dan rasa cintakan tanah air. -nota tentang pameran oleh kurator pameran; Intan Rafiza

_____________________________________________________________________

Sila Klik di sini untuk membaca penulisan penuh “Demokrasi dan seni tanpa sempadan?’, yang ditulis untuk katalog pameran ” Kuasa, Harapan dan Tanah”


**
artikel di atas adalah sebahagian dari artikel “Demokrasi dan Seni: perlukah ada sempadan? . Ini adalah edisi asli penulis. untuk mendapat penulisan lengkap, boleh dapatkan dalam katalog pameran “Kuasa, Harapan dan Tanah” Di BSVN.

Acara akan datang sempena pameran “Kuasa, Harapan dan Tanah”