Hasmahster's Blog

PEMIKIRAN USMAN AWANG: PERJUANGAN

SOSIAL YANG TERUS RELEVAN

Shahrun Nizal Mohd.Nor

Pendahuluan

KARYA-KARYA Sasterawan Negara, Datuk (Dr.) Usman Awang telah banyak diperkatakan, baik dari segi intrinsik mahupun esktrinsiknya. Estetika karyanya yang indah serta pemikirannya yang sarat dengan suara kemanusiaan juga telah banyak dikaji. Sebagai seorang sasterawan, Usman awing dikenali sebagai insan yang romantik melalui pelbagai tenik dan gaya bahasanya yang indah, biarpun dalam memperkatakan sesuatu pemikiran yang besar.

Usman Awang dianggap seorang pejuang sosial menerusi karya-karyanya yang memperlihatkan keprihatinannya terhadap isu-isu masyarakat. Antara tema yang sering dipaparkan dalam karyanya ialah tema nasionalisme, dan pembelaan nasib golongan bawahan. Pemikirannya jelas tanpa perlu disuluh lagi, seiring dengan penglibatan aktifnya dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan “Seni untuk Masyarakat”.

Usman Awang menulis dalam pelbagai genre, puisi, cerpen, novel dan juga drama. Dalam apa juga genre penulisan yang dihasilkannya, idiosinkrasinya sebagai seorang pejuang sosial tetap terserlah. Namun, perjuangan ini bukanlah bermakna beliau…

View original post 3,156 more words