Kecoh-kecoh demi rakyat.

Aku menulis puisi ini hasil dr observasi dan ekspresi peribadi tentang kondisi politik negara yang memuakkan, yang juga mendapat insiprasi dari “rant” seorang teman  dan perbualan kawan-kawan saat “lunch hour” .

__________________________

Kecoh-kecoh demi rakyat. (Bangsar, Dec 2012-Ili)

Demi rakyat, politikus beretorika dan propaganda sahaja

Hanya manfaat buat yg kaya dan kroni mereka

Demi rakyat,hala tuju perubahan hanya sekadar ‘onani’ aksi, vigil dan memo saja

Demi rakyat, kempen hijau seiring dengan propaganda turunkan harga kereta?

Jelas buat yg kaya… yg miskin tetap merana

Demi rakyat, seni untuk intelektual dan groupie sahaja,

org biasa ternganga, terpinga

Demi rakyat laungankan perubahan dimedia massa

bangun pagi tak kenal jiran tetangga

Demi rakyat, malas politik, ‘I’ pilih shopping dan reality show saja

Demi rakyat, hukum tidak berlaku keatas rasis, koruptor dan rapist…

asal ada wang, well.. hukum dan keadilan boleh belakang kira

Demi rakyat politikus sibuk menunding jari, memilih utk mengaibkan lawannya dgn propaganda hitam

daripada bicara polisi&visi negara

Demi rakyat, perubahan dan hero hebat di twitter and FB sahaja

Demi rakyat? Demi rakyat demi rakyat…

ah sial! Muak aku dengan kata2 ‘demi rakyat’

Demi negara, demi rakyat atau demi wang dan kuasa semata2?

Muak dgn pejuang demi rakyat, yg tidak mengenal atau peduli periuk nasi& nasib aku dan kita.

Perjuanganmu hanya sebatas kata tanpa perlaksanaan kata! Sial!

Kerana ucapan demi rakyat hanya untuk keinginan mereka bukan keperluan kita

Aku memilih bercinta dan berkebun dari memilih kalian yg senang dgn pembodohan massa!

**apabila semua hal dipolitikkan atas nama transformasi/perubahan, mereka hanya berjanji dari beri solusi &memburuk keadaan..memilih untuk tidak memilih mungkin menjadi pilihan!

535595_476136805775270_605171874_n