Tidak Memilih

tidak memilih
kiri dan kanan
bukan bermaksud
tidak punya pendirian

tidak memilih
juga adalah pilihan
saat kedua2 parti-parti kiri dan kanan
sebetulnya hanya onani kata
tanpa memberikan solusi
permasalahan bersama

tidak memilih
kerana adalah hakku
untuk tidak memberi suaraku
pada sesuatu yang tidak aku percaya
yang duduk diatas awang-awangan
yang hanya turun padang
buat memuntahkan
janji dan maki
tanpa memberi solusi

tidak memilih
bukan duduk diatas pagar
tidak memilih kerana pendirian sikap yang jelas
kerana kami sudah muak di bodoh-bodohkan
satu yang bermaharaja lela
yang semakin hari membangun fahaman fasisme
Jangan lupa hal korupsi hingga macam-macam lagi
yang kita terpaksa telan berita macam lauk dan nasi
yang membangkang pula,
taunya gegar dan bagi mimpi dalam janji
saat diberi posisi, langsung duduk semeja
hanya kerana empuknya kerusi
dan sibuk menikmati kueh kueh “D.E.M.O.K.R.A.S.I”
sesama berdasi

tidak memilih kerana sudah muak
pada sikap wannabe hero atau konon pejuang demokrasi
lantangnya bicara sahaja ke arah perubahan
dengan bahasa penjajah dibangga-banggakan
cakap bahasa rakyat biasa tak mengerti
bukankah itu penyakit
syok sendiri?

aku sudah putus cinta
untuk apa aku beri suara
pada sistem negara
pada pemerintah
pada politikus
pada gang-gang mereka
yang lagaknya
hanya seperti badut
yang pintarnya hanya
menyulap janji

tidak memilih
kerana aku cerewet
kerana aku memilih
memilih utk tidak memilih pada kebodohan
adalah sesuatu hal yang tepat
dari terjebak pada “kemunafikan”

-ili (Mac’13)