Dilema kelas menegah

Perjuangan dan perubahan
sering di angkat kepada sesuatu yg besar2
Buat aku, hari2 adalah perjuangan
Menuju perubahan

Kenapa hanya melihat perubahan
kpd sesuatu yg besar2 sahaja
Hal2 kecil hubungan realiti dan hidup antara manusia, kita tutup sebelah mata?
Beri makanan ke negara jauh berbatu,
Saudara dan jiran…kebuluran dan kelaparan
Kita buat tak tau
Wang ringgit kita tayang konon dermawan
Yang mengangkat kempen buat anak2 perang
Padahal di kaki lima selama kita jalan ke kerja
Menadah simpati untuk sehari makan

Lihat lah di sekelilingmu kawan
Berapa ramai yang sedar kita bahagian
dr perosak alam?
Kita menunding jari ke korporasi yg menebang pohon, mengambil tanah, menghancurkan bumi,
Padahal kita juga telah menjadi bahagian dr permasalahan itu.
naik kereta sendiri, jalan sesak gara2 kereta2 yg kita miliki, utk ke kerja setiap pagi.
Untuk dapat poket money
Dan apa lagi kempen hijau mereka mau membodohi massa
Hanya sekadar untuk meraih undi
Padahal apakah politikus ini benar2 peduli?

Ada yang bilang pada aku
Perubahan datang bila kita berani
tinggalkan keselesaan
Soalan aku pada mu kawan
Keselesaan apa yg kalian maksudkan?
Kalau makan aja payah
Ke Kerja aja susah
persoalkan polisi negara aja salah
Duit bulanan buat bayar hutang kiri kanan
Blum lagi buat besarkan anak
Dengan Gaji cukup2 makan

Perubahan hanya akan bermula
dari akal dan hati
Lalu ke perbuatan kita setiap hari
Yang tidak mementingkan kroni
Tidak mementingkan ideologi
Tidak mementingkan diri

Perubahan adalah saat kau sadar
Ia adalah jauh lebih besar
dari sebatas kata2 dan aksi massa
Kerana setiap hari2 kita adalah perlawanan
Menuju perubahan buat bersama

Ili (6 Julai 2013) S.kembangan