harga ayam naik lagi

Harga ayam naik lagi,
apa nak buat politikus atau pejuang rakyat
kita tak ambil peduli,
yg penting buat mereka masuk tv
utk hal2 bodoh bukan berani.

Harga ayam naik lagi.
Keperluan asas perkara remeh
utk diperjuangkan oleh para MP.
Apa nak heran
mereka kenyang dan berdasi

Masih kau lihat mereka bawa perubahan?
Padahal hal keperluan hrga asas brg mkn,
tak pernah dperjuangkan
Diam2 Aja di empuk krusi parlimen
Kita masih membabi buta
Percaya mereka

Aduhai harga ayam naik lagi.
Apa Mp kita peduli, tidak sayang.
Krn mereka tau masih ramai
yang senang dibodohi
dan berdiam diri.

Harga ayam naik lagi,
tak siapa yg peduli, apa lagi Mp.
Krn mereka sibuk rayakan demokrasi
buat diri sendiri,
Tinggal yg perut lapar spt kami.

Siapa yg peduli keluh resah saya?
Cuma seorg perempuan dan bunda.
tapi, saat ibu2 semua bangun
tiada lagi negosiasi buat kalian Mp,
Kerana kita sudah menolak dibodohi
Apa lagi yg suka memerintah
dari membantu kami
Hanya satu pesan buat kalian
Jaga keperluan asas kami
atau Turun!turun! Semua turun.

Dan saat itu berlaku
Saat semua lapar
Yg kenyang hanya berdasi
Jangan salahkan aku
Krna tidak mengingatkan kamu.
Ttg hal asas buat semua
Bukan kehendak peribadi.

Aduhai harga ayam naik lagi
Apa nak buat
Dah nasib seperti kami
Yang senang makan janji
Dan dibodohi…
Masih percaya pada MP?

Ili (16 july’13) sk
_______________________________

*Puisi adalah respon pengalaman peribadi setiap hari dan juga berita dibawah ini.

Utusan Online, 12/7/2013, Harga ayam naik mendadak

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kenaikan harga ayam secara mendadak di beberapa negeri sejak dua minggu lalu, yang mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.
Di kebanyakan negeri, harga ayam ketika ini dilaporkan dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram malah ada sesetengah kawasan dijual pada harga RM9 sekilogram.
Harga itu jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.
Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di Kelantan, tinjauan di beberapa pasar di Kota Bharu mendapati, harga ayam mencecah RM7.50 hingga RM8 sekilogram sejak seminggu lalu berbanding sekitar RM6.50 sekilogram sebelum ini.

Di Selangor, harga ayam juga didapati meningkat sejak seminggu lalu dan dijual RM8.50 sekilogram di pasar sekitar Shah Alam berbanding RM6.50 hingga RM7 sebelum ini.

Di Perak, harga ayam meningkat 30 sen hingga 90 sen dalam tempoh kurang dua minggu sehingga mencecah RM8.50 sekilogram berbanding hanya sekitar RM7.60 hingga RM8.20 sebelum ini.

Di Pulau Pinang, harga ayam naik mendadak sehingga RM9.50 sekilogram berbanding hari-hari biasa yang dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram.
Kenaikan harga ayam turut berlaku Johor selepas harganya di kebanyakan daerah di negeri ini dicatatkan RM8 sekilogram berbanding antara RM7.50 dan RM7.80 sebelum ini.

Di Negeri Sembilan, tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati, meskipun harga ayam naik dengan mendadak, orang ramai tidak mempunyai pilihan selain membelinya dengan harga yang telah ditetapkan iaitu daripada RM7.50 sekilogram kepada RM8.50 sekilogram.

Di Kedah, tinjauan di beberapa pasar Alor Setar mendapati ada dalam kalangan peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.
Sementara itu, di sebalik isu kenaikan mendadak harga ayam sejak kebelakangan ini, seorang peniaga di Pasar Besar Alor Setar, tetap menjualnya pada harga RM7.20 sekilogram.
Mohd. Zahir Zainal Abidin, 59, yang merupakan pemilik gerai E.D Ayam memberitahu, dia tetap memperolehi keuntungan memuaskan walaupun menawarkan ayam dengan harga tersebut.

“Saya jual murah kerana mahu meringankan beban kewangan pengguna lebih-lebih lagi pada Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.
“Kebanyakan penjual mendapatkan bekalan ayam daripada berlapis-lapis pembekal yang menyebabkan harga akhir kepada pengguna meningkat,” katanya di sini.
Menurut Mohd. Zahir, bagi mengelakkan kos meningkat, dia hanya mendapatkan bekalan daripada seorang pembekal.
“Menjual pada harga lebih rendah adalah strategi pemasaran dan pada masa yang sama, dapat membantu pelanggan,” katanya lagi.
Tinjauan di beberapa pasar di bandar raya ini mendapati, ada dalam kalangan peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.

Di Perlis, harga ayam turut naik 20 sen hingga 30 sen dalam tempoh seminggu sebelum ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peniaga di sekitar negeri ini menjual ayam RM8 hingga RM8.50 bagi setiap sekilogram berbanding sebelum ini antara RM6.50 dan RM7 sekilogram.

Di Melaka, harga ayam turut mengalami kenaikan mendadak mencecah RM2 berbanding harga asal RM6.50 sebelum ini.

Di Sarawak, harga ayam di negeri ini tidak mengalami sebarang perubahan mendadak seperti di Semenanjung yang mana peniaga didapati masih mengekalkan harga lama RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini membuka serta merta permit import ayam bulat bagi menstabilkan harganya di pasaran sekali gus memenuhi permintaan yang meningkat sekali ganda menjelang musim perayaan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian menggalakkan pengimportan ayam bulat dari negara lain seperti Australia dan benua Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam tempatan. –

Utusan Online, 12/7/2013, Harga ayam naik mendadak