Kotaraya dan Rindu

Hari ini aku ke kotaraya
Ingin aku jalan kesana
Diantara bau manusia dan kenangan manis
Ada satu rasa yang ku simpan rapat
Ku bawa jalan bersama ku
Sentiasa menemaniku
Seperti bayang dan bau badan

Sebetulnya tidak ada yang peduli aku disana
Semuanya sibuk mencari nafkah, atau punya hal masing-masing
Ada satu rasa yg dalam, tak mampu aku nafikan
Diantara bau asap, bau masakan mama-mama yg jualan
Dan suara2 bahasa yang macam-macam

Kau tau, aku menemui kamu dilorong ini
Lorong-lorong orang biasa mencari rezeki,
Di mana orang miskin hidup melarat
Longkang tersumbat
Sampah tak diangkat
Ya disitu aku temui kamu
Dalam serba sederhana dan tidak mengada-ada
Jujur, tanpa kepalsuan, kau lemparkan senyuman
Membawa bunga simbol kehidupan

Ili