Ada aku kesah?

Kalau hendak berubah itu dari diri,
tak perlu harap pada politikal parti.
Kalau mau perubahan itu dari aksi hari-hari
bukan hanya demo sehari.

ya aku skeptikal dengan apa-apa perubahan
yang dilaungkan mana-mana politikal parti.
yang mampu mengubah negara
orang-orang yang tak punya kepentingan kuasa.
maaflah ye kalau you all terasa.

nota: * Puisi terinspirasi dan merespond dari ¬†berita tentang parti pembangkang yang menerima sepenuhnya keputusan PRU13. mula-mula mereka kata sistem tipu, lepas tu mereka kata keputusan pilihanraya tipu…jelas tak percaya sistem iyakan? eh tiba-tiba terima sepenuhnya dan ajak merunding. Kalau tak berani nak berubah dan tak mampu mengubah diri, jangan bercakap tentang perubahan

MERDEKA KAH KAU KAWAN, saat masih percaya pada mereka badut parlimen ini?

______________________

Anwar terima keputusan PRU13, minta pertemuan dengan BN dipercepat
berita penuh: MalaysianInsider
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 berkata, pembangkang bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan ini sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.