Merdekakan Cinta

cinta
setiap manusia secara sadar atau tidak
mempunyai cinta

cinta berada dimana-mana
saat kau senang ia menciummu
dan saat kau susah tetap memelukmu
Ia hadir dalam bentuk memori dan rindu
cinta bukan hanya kau bahagia saat kau senang
Tapi cinta adalah semangat yang bercahaya dalam kegelapan
cinta adalah kau tetap merasa bahagia dalam diam
cinta bukanlah kegilaan kau pada seseorang
atau cinta yang baru berpegangan tangan
cinta adalah sesuatu yang perpanjangan
walaupun tak memiliki kau merasa bahagia
walaupun kau tak dicintai kau tersenyum tanpanya

Cinta adalah tentang kenangan
cinta adalah tentang sekarang
cinta adalah tentang pengalaman
cinta adalah tentang memaafkan
cinta adalah tentang menerima segala kekurangan
cinta tidak perlu dipamerkan atau dibangga-banggakan
kerana cinta itu harapan
cinta yang ini tak mampu kau institusikan

cinta tidak akan menjadi benci
kerana cinta dilahirkan untuk
dicintai dan mencintai
mengenal kehidupan
untuk hidup menjadi hidup
sesusah manapun hidup mu,
kau tetap akan berani
kerana kau punya sikap & hati

cinta tidak membodohkan
kerana cinta itu mendewasakan
yang mengurung cinta
obsessi tentang cinta
ganas kerana cinta
hipokrit kerana cinta
mengurung diri kerana cinta
cemburu buta kerana cinta
itu hanya kita, manusia
yang tidak memahami cinta
yang tidak membebaskan makna cinta

cinta itu bahagia dan sedih
ketawa dan menangis
pahit dan manis
cantik dan jelek
tanpa dua elemen hitam dan putih
takkan boleh membiaskan
warna-warna cinta yang lahir dari rasa

cinta itu seperi  pelangi lepas hujan
yang kau lihat, tak mampu kau pegang
apa lagi tau mana munculnya
atau penghujungnya seperti apa
hanya dilihat dengan deria rasa
dan menikmati momen yang ada

cinta adalah tentang bagaimana kau berhubungan
dengan manusia disekelilingmu
tanpa mendiskriminasi mereka kerana berbeza
mencintai dalam perbedaan
memerdekakan rasa cinta buat sesama

cinta itu radikal
yang menyedarkan kau indahnya
kehidupan yang sederhana
tanpa kilauan harta dan rakus kuasa.

kerana saat kau mencintai hal-hal yang kecil
yang diberi alam kepadamu
saat kau mencintai hubungan sama rata antara manusia
menjangkaui segala bentuk yang beda dalam hidupmu’
Mungkin saat itu kau merasa cinta dari sang pencipta.

merdekakan cinta buat semua.

-Ili (31st August)