Kita Sama Beza

Aku bunga rumput
Yang kau tak lihat
Yang kau injak
Yang kau potong
Sebab kelihatan semak

Aku tidak bangga dgn bangsaku
Yang mana org kata banyak istimewanya
Padahal kita sama-sama merana
Oleh hidup yang susah dan makan saja payah
Oleh hak tidak samarata
Oleh yang gila kuasa
Oleh yang merasa dia Maha tau segala
Oleh yang punya modal
Dan kita hanya kuli mereka

Aku tidak melihatmu berbeda
Kau buatku sama saja
Dari darah dan tulang
Yang mana kita dicipta oleh sang Pencipta
Yang hanya tau pentingnya
Berbezaan dan hidup bersama

Buatku yang mebezakan aku dan kamu
Kalau kau menindas
Kalau kau hipokrit
Kalau kau korupsi
Kalau kau menghina org lain krna berbeda
Kalau kau lebih kaya dan ok menyiksa
Kalau kau diskriminasi pada sesuatu yg berbeda
Dan merasa diri benar dan tau segala

Jangan menghina org
Kerna beza kulit, rambut dan mata
Apalagi kepercayaan yang berbeza
Atau kerna bahasa dan budaya kita tidak sama
Kerana memang kita diciptakankan
Setiap dari kita berbeza
Dan tidak pernah sama

Kalau kau merasa terhina
dengan kata-kataku puisi ku ini
Anggap saja dirimu hipokrit
Dan punya kepentingan pribadi

Kerana aku
Tidak peduli warna kulitmu
Apalagi bahasa dan kepercayaanmu
Atau alat kelaminmu
Kerana damai itu
Saat kau menerima
Perbedaan dlm dirimu