Kamu adalah puisi yang aku tulis

Setiap baris kata
Membentuk makna
yang mampu buat jiwa
merah
atau kelabu
seringkas kata
Cinta dan sayang

Apa bedanya cinta dan sayang?
Buat aku
Cinta itu momen
Dan sayang itu selamanya
kedua-dua hadir dalam satu rasa
Dari putih, merah jambu
Dan akhirnya mekar
Merah hati
Ghairah berani

Mana mungkin sayang lahir tanpa cinta
Mana mungkin cinta kekal tanpa sayang
Abjad-abjad yang berlainan
bercumbu dan membentuk kata
Yang mana saling berangkulan saling bermesra
Dalam rasa yang menjadi merah yang mengalir
dalam semangat jiwa
untuk nafas hidup

Satu kata kalimat
Mampu bikin hati berbunga-bunga
Satu kata kalimat juga
mampu bikin hati merana

Jangan mudah ucap cinta
Saat tak merasa sayang
Jangan lupa ucap cinta
Saat sedang disayang.

Kerana seperti alam
kedua-dua ini membawa makna
Memberi erti satu rasa yang saling memerlukan
Yang dibuktikan dgn aksi dan pendirian.