ADAKAH SENI KITA SEDARI?

SENI BUKAN (hanya) HIBURAN atau PEMANIS HIDUP, kerana tanpa sentuhan seni, ia bukan hanya seperti kehilangan rasa tetapi sentuhan jiwa budaya sesebuah masyrakat dan negara.- Bebe

Seni adalah universal dan seharusnya merakyat. Seni yang dilihat di sini, bukanlah seni yang berbentuk politikal tapi masih dipamerkan di ruang galeri, tetapi seni politikal yang dibawa turun ke jalan, seni yang dihasilkan bersama komuniti, seni yang menjangkaui “ego-centric” seorang seniman dengan mampu bekerjasama dengan komuniti dan orang biasa untuk mengajak menghasilkan karya seni, seni yang tidak menguntungkan individu yang melakukannya tetapi komuniti itu sendiri kerana mampu mengangkat bersama isu setempat.

Kenapa pentingnya kita mengangkat seni seperti ini? Mudah saja, kerana seni itu adalah senjata orang-orang biasa, seperti kita.

Seni Protes sering diidentifikasikan atau lebih dekat dengan perjuangan menuntut perubahan. Merujuk kembali dalam sejarah dunia, golongan pekerja dan orang-orang yang ditindas banyak menggunakan seni & budaya untuk mengangkat isu-isu yang mempunyai kepentingan mereka, sama ada untuk menggalakkan perjuangan, mengutuk penindasan, menggerakkan massa, meningkatkan kesedaran, dan untuk menunjukkan sokongan kearah membawa perubahan. Banyak contoh boleh dibaca di buku-buku sejarah dan di internet, dari pergerakan student movement di Perancis 1968, Gerakan massa Minjung di South Korea tahun 1980, zaman kejatuhan Diktator Suharto di Indonesia 1998[1]; seni melawan memainkan peranan penting dalam pembentukan pembudayaan dan proses membuka ruang demokratik dalam masyarakat.

Minjung4

O Yun

General Green Pea” Dalam tahun 1985 ukiran kayu berwarna (35 x 26 cm) dengan O Yun (1946-1986), Chon Pong-jun, digelar “Pea Hijau Ketua” kerana kedudukan beliau kecil, digambarkan sebagai poko kacang menari. Chon adalah pemimpin Tonghak gerakan petani, yang menurut tafsiran berhaluan kiri-nasionalis, pada tahun 1894 berusaha untuk membasmi sistem Confucian hierarki memihak kepada visi Utopia kebebasan dan kesaksamaan. Penggunaan kacang hijau sebagai ikon untuk protes minjung berfungsi sebagai contoh terbaik ciptaan tradisi (dari Eric Hobsbawm itu): Sin Tong-Yop mungkin pertama yang menggunakan istilah ini dalam puisi epik beliau Sungai Kum (1967 ), yang menggambarkan Tonghak Uprising bukan semata-mata sebagai pemberontakan petani, tetapi sebagai pertempuran revolusi anti-imperialis, yg di atas sejarah langsung Revolusi April 1960 yang membawa kepada perletakan jawatan Syngman Rhee dan pemerintahan demokratik kerajaan Chang Myon yang singkat

Aktivis seni menggabungkan penggunaan ruang awam untuk menangani isu-isu sosio-politik dan untuk menggalakkan masyarakat awam dan penyertaan sebagai satu cara untuk membawa perubahan sosial. Ia bertujuan untuk melaksanakan perubahan sosial dengan melibatkan diri dalam proses aktif perwakilan yang berfungsi untuk menggalakkan penyertaan dalam dialog, meningkatkan kesedaran, dan memberi kuasa kepada individu dan masyarakat. Adalah penting untuk kita paham bahawa, cabaran utama untuk banyak aktivis seni dalam melakukan ini, adalah pentingnya ketekalan untuk memastikan kesan yang berterusan dengan mengekalkan proses kerja  penyertaan awam. Ia sering memerlukan seniman untuk mewujudkan hubungan dalam masyarakat di mana projek-projek seni yang berlaku.

Aktivisma tanpa sentuhan warna dari seni akan menjadi hambar, sama seperti masakan tanpa memakai garam.

Harus diakui bahawa seni itu adalah bahasa universal yg mudah. Seni mampu dijadikan sebagai medium penyampai kepada publik. Seni Protest adalah terma yang luas yang merujuk kepada karya kreatif. Bentuk-bentuk karya yang dihasilkan, memberikan keperihatinan atau mengangkat isu negara atau isu setempat. Pengiat seni atau aktivis seni menghasilkan karya dalam pelbagai jenis bentuk yang lebih mudah dikenali dengan orang ramai contohnya seperti tanda (sign), sepanduk (banner), teater jalanan, poster dan bahan -bahan cetak untuk menyampaikan pesan, informasi. Biasanya, seni jenis ini digunakan sebagai bahagian dari demonstrasi (unjuk rasa) atau respon/ tindakan penentangan orang awam. Karya-karya yang dihasilkan  lebih mempunyai kecenderungan tidak kekal, yang bersifat mudah alih (mobile) dan kebiasaannnya tidak diklaim, tidak dimiliki oleh satu orang/individu seniman, dan lebih bersifat kolektif dan kerjasama diantara pengiat seni dan juga aktivis.

seni itu mengakrabkan kita dalam perbedaan.

Apakah sebetulnya peranan seniman dan aktivis seni dalam masyarakat? Apakah peranan sosial yang seharusnya dimainkan atau dipegang oleh orang seni, dalam konteks untuk meningkatkan kualitas hidup lingkungannya atau sosial? Apakah peran seni dalam proses menuntut perubahan di negara ini?

Seharusnya para seniman, aktivis seni dan kita, mempertanyakan persoalan ini, kerana seni dan masyarakat itu tidak seharusnya dipisahkan. Seni itu mampu mendekatkan kita yang macam-macam rupa, bangsa, kepercayaan, ideologi politik dan pandangan boleh menjadi satu dalam perbedaan.

Sifat-sifat seni jalanan, seni protest & seni kolektif biasanya dihasilkan diluar ruang konservative dan galeri komersial, maksudnya disini, apa-apa idea yang ingin diekspresikan,  haruslah mampu dihayati oleh masyarakat yang lebih besar dan berbeza latarbelakangnya. Pengiat seni atau seniman, contohnya seniman jalanan (stencil dan Mural artist,  yang memilih dinding-dinding jalanan dan ruang awam untuk mempamerkan karya mereka, harus lebih peka dengan idea atau isi yang ingin divisualkan diruang milik bersama ini. Seni tidak akan wujud tanpa bentuk dan isi, seni jalanan di ruang awam adalah kritik sosial dengan bahasa kreatif.

Seni yang di hasilkan ruang awam bukan lah vandalisma, coretan lucah, iklan-iklan produk atau servis atau tanda wilayah gang gangster. Kenapa kita mengatakan seni ruang publik atau grafiti kerana ia adalah seni yang bertentangan dengan vandalisma. Ia adalah bentuk seni “high art” untuk masyarakat keseluruhan. Ia adalah untuk mencabar idea yang mana tidak hanya galeri & museum dapat memiliki atau mempamerkan seni. Yang disajikan adalah satu bentuk seni yang dipamerkan setiap hari kepada orang awam yang berjalan melalui jalan-jalan dan tidak ada komisi, jadwal, orang-orang pemasaran atau manager galeri untuk menangani. Karya seniman itu dapat dilihat, dihargai dan dinilai oleh semua orang.

Seni Haruslah Bebas!

Seni Seharusnya bebas dari kawalan sistem negara kerana seni adalah bahagian dari pembudayaan dan perkembangan sosial yang mana ia berkembang sejajar dengan perkembangan politik, ekonomi, sosial dan budaya sesebuah negara yang membentuk masyarakatnya.

Melihat perkembangan seni di Malaysia, tidak dinafikan ada keterbukaan penerimaan masyarakat dengan seni-seni ruang publik, seni protes atau seni komuniti sekarang, jika dibandingkan pada tahun-tahun awal 1990-an, [2] antara contoh yang menurutku berani dan kritis adalah Teater Tok Ampoo. Pada zaman reformasi 1998, telah munculnya kumpulan teater dengan menggunakan konsep teater politik atau agit-prop (agitation dan propaganda) . Sekumpulan  gerakan mahasiswa yang membentuk kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU), menghasilkan teater ‘Tok Ampoo’ arahan Hishamuddin Rais bersama-sama UBU sebagai medium ekspresi dan medium untuk mengkritik keadaan politik negara ini.

Teater ini juga boleh dilihat sebagai reaksi protes dan membuka ruang debat dengan penonton. Apa yang dipersembahkan dalam teater Tok Ampoo adalah dengan mengunakan persembahan satira, mengkritik tentang budaya politik mengampu dalam sistem negara ini. Watak Tok Ampoo duduk tinggi diatas tangga mengambarkan yang punya kuasa. Tangga telah digunakan sebagai metaphora kepada kekuasan. Scenario protes rakyat diperlihatkan saat krisis muncul, dan rakyat menyedari kepincangan Tok Ampo. Ada scenario protes watak-watak rakyat telah menyedari ketidakadilan Tok Ampoo dengan menuntut tangga itu diserahkan kepada mereka supaya boleh digunakan untuk manfaat bersama, contohnya untuk perlbagai tujuan seperti menoreh getah, membaiki atap rumah yang bocor dan memanjat untuk mengambil kelapa.

Dalam satu scenario, dilihatkan protes rakyat-rakyat ini telah dilemahkan dengan hadirnya anggota polis dan akhirnya mereka yang memprotes ditangkap lalu di bawa ke mahkamah Tok Ampoo. Hakim yang dilihatkan karakter yang boleh diperbodohkan dengan memakai rambut palsu dari pengelap lantai, berkonspirasi dengan si Tok Ampoo, dengan menghakimi tertuduh dengan objek-objek yang tidak masuk akal seperti seekor arnab, sebiji kelapa dan pengelap bulu ayam, sebagai bahan yang “mengganggu keselamatan awam”

BclT59ICYAA8nka

Mural yang di hasilkan anak-anak di padang jawa.

Seni Protes tidak hanya khusus kepada bentuk seni yang mengkritik pemerintahan negara sahaja, tetapi aktiviti advokasi dan membangun kesadaran publik dengan mengunakan seni juga boleh dilihat sebagai satu bentuk seni perlawanan kepada pengunaan seni yang konservatif. Program-program Seni yang membangun minda orang ramai untuk menjadi lebih kritis, wajar diangkat kerana impaknya adalah untuk melahirkan masyarakat yang lebih demokratik dalam tempoh masa jangka masa panjang.

Contohnya baru-baru ini di Padang Jawa, Aisyah Baharuddin, Kolektif Pusat Sekitar Seni dan anak-anak kecil mampu mengadakan Padang Jawa Street Art Festival, di Kampung Karrupiah. Acara ini mampu melibatkan anak-anak kecil penduduk kampung di situ untuk sama-sama belajar tentang apa itu mural, menghasilkan mural bersama, dan memahami isu setempat dan membuka mata tentang betapa pentingnya mengambil peduli dan menjaga kampung mereka bersama. [3]

Acara seperti ini mampu mendidik anak-anak berfikiran kritis dengan menggunakan bahasa mudah dan memupuk pentingnya disiplin dan ketekalan dalam melakukan apa yang mereka percaya. Ia membangun kesedaran tentang isu setempat mereka, dengan mengadakan diskusi bersama dan hal yang dibincangkan itu, lalu diaprisiasikan untuk menjadi bahan-bahan informasi kesedaran awam dengan menggunakan seni untuk membangun kesedaran tentang isu setempat mereka. Dengan initiatif seperti ini, ia secara tidak langsung mengangkat pentingnya peranan seni dalam masyakarat.

Walaupun acara ini tidak seratus peratus berjaya kerana menurut saya, ada beberapa kegagalan; contohnya beberapa seniman yang dijemput oleh pihak organiser kurang berjaya memberi penghayatan tema dan isu setempat padang jawa, yang mana idea dan visual kurang atau hampir tidak ada yang mengangkat isu setempat berdasarkan tema. Kegagalan kedua juga dari antara sifat seniman ini yang masih mengamalkan cara kerja seperti “studio artist”, contohnya menghasilkan karya tanpa berbincang dengan pemilik rumah atau dinding. Proses interaksi adalah penting bukan kerana untuk mendapatkan kebenaran, tetapi membangun hubungan positif dan baik diantara seniman dan masyarakat setempat, kerana haruslah diingat, program seni ini adalah bersifat komuniti dan karya yang kita hasilkan adalah untuk bersama. jika tidak ada interaksi langsung dalam proses pembuatan karya, tidak ada interaksi dengan penduduk kampung, proses membangun kesedaran dalam komuniti tidak akan berlaku.

Yang menarik tentang tentang Padang Jawa Street Art Festival, adalah keberhasilan Aisyah Baharuddin dan kawan-kawan Pusat Sekitar Seni mengakarkan kesedaran sosial tentang isu-isu yang dekat dengan anak-anak kecil ini. Ini adalah kerana hasil kerja keras turun padang dan pendirian tegas yang mana mereka percaya seni itu harus menjadi milik rakyat dan seni adalah senjata untuk mendidik anak-anak untuk menjadi lebih peka dan lebih humanis.

Lawat saja ke Kampung Karrupiah Padang Jawa, dan lihat sendiri karya-karya yang dihasilkan oleh anak-anak padang jawa, jauh lebih kritis dan mengena dengan konteks kampung itu jika dibandingkan seniman jemputan (yang rata- ratanya street artist).  Acara-acara seperti ini sangat perlu untuk membuka mata seniman-seniman lain, yang pentingnya ada interaksi antara seniman dan masyarakat, untuk mengangkat peran seniman sendiri dimata masyarakat. Seperti kata Aisyah Baharuddin “Ia sudah menjadi tanggungjawab seniman untuk masyarakat.” Baginya seniman adalah bahagian dari masyarakat itu sendiri dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengangkat isu kampungnya dengan menggunakan cara yang dekat dengannya iaitu seni.

Initiatif baru yang harus diberikan sokongan dan perhatian adalah #ReclaimMerdekaPark. Ia boleh dilihat sebagai satu initiatif rakyat yang menggunakan seni sebagai medium dalam usaha mereka untuk menuntut kembali ruang publik yang mempunyai nilai sejarah. Fahmi Reza aktivis sosial yang menurut saya cukup konsistan dengan gerakan aktivism di negara ini, telah membangun initiatif bersama rakan-rakan yang mengajak partisipansi orang ramai untuk menuntut semula ruang publik diberi kepada orang ramai dan bukan pihak swasta.[4] Orang ramai di beri peluang untuk bersama-sama menghasilkan karya seni, membuka ruang ekspresi untuk orang ramai. Kita boleh lihat suara-suara mereka yang berbentuk poster-poster dengan kata-kata menuntut hak dan protest, foto-foto lama dan karya instalasi publik di dinding Taman Merdeka. Sejauh mana keberhasilan initiatif ini membangun kesedaran publik, belum boleh diukur, kerana ia masih baru. Tetapi yang penting disini, seni telah digunakan sebagai medium bicara untuk mengangkat isu mereka dan mengingatkan publik tentang sejarah  Taman Merdeka itu.

Ada banyak contoh yang boleh dilihat juga seperti projek Kampung Berembang, Komuniti taman Medan, Chow Kit Kita, Baling Membaling, NotthatBalai, Sama Projek://Taring Padi, Projek Bangkit, Satu Kali, Penang Street Art festival dan lain-lain, antara contoh aktiviti kesenian sama ada yang melawan arus galeri seni, seni yang mengunakan ruang publik sebagai ruang ekspresi, atau mengunakan seni sebagai medium bicara tentang isu yang ingin di ketengahkan.

Tetapi persoalan saya apakah mampu initiatif kesenian dan seni protes  membangun kesadaran bersama tanpa komitmen yang berterusan? Seni publik, seni protest, initiatif projek-projek seni  seharusnya mampu membuka mata publik dan seharusnya jauh lebih kritikal dalam berbicara bahasa visual tentang isu-isu bersama.

Kempen-kempen Kesedaran awam masih kelihatan hambar dan kaku tanpa adanya unsur seni dan kreativiti. Sudah saatnya para aktivis disini membuka mata dan dan jangan menganggap remeh tentang peran seni dan seniman. Seni bukan untuk acara hiburan atau selingan acara-acara keramaian NGO atau ceramah-ceramah politik.  Seniman dan pengiat seni harus berani dan mengangkat diri mereka sebagai budayawan, budayawan tidak seharusnya hanya untuk mempertahankan tradisi, adat, atau sastera sahaja. Pada pandangan saya, tidak salah kalau kita mengangkat seniman atau aktivis seni yang menghasilkan karya seni di jalanan atau komuniti sebagai budayawan jika mereka mampu membangun budaya yang kritis dan kerja seninya mampu bergerak sejajar bersama masyarakat dan perubahan sosio-politik negara.

Hingga ke hari ini, penglibatan seni dan aktivisma di Malaysia masih dilihat sangat kecil, bukan tidak ada, tetapi kecil. Protest-protest di Malaysia jika dibanding kan di negara-negara lain masih kurang warnanya, dan hanya tentang ucapan-ucapan atau pesan-pesan amarah yang akhirnya akan melemahkan momentum massa jika hanya itu saja yang mampu ditawarkan pada massa. Kita bukannya minta untuk dihiburkan tetapi mengakrabkan gerakan massa dengan hal-hal kesenian dan budaya yang seharusnya berjalan sejajar dalam menuntut perubahan negara.

Sudah saatnya para seniman keluar dari comfortzone studio mereka dan kontribusi pengetahuan seni bersama. Sudah sampai masanya para seniman anonymous artbombers yang menghasilkan mural dan stensil dijalanan sedar yang dinding-dinding publik itu adalah untuk mengangkat isu bersama bukan hanya menunjukkan keberanian meninggalkan kesan-kesan tanpa makna seperti kucing jantan meninggalkan kencing untuk tanda kawasannya.Sudah saatnya galeri komersial membuka mata dan hormat kerja-kerja seniman yang mana kerja seni bukan hanya tentang produk jual beli. Sudah saatnya kita membuka mata para penindas rakyat kecil dengan mengatakan dengan lantang menyuarakan hak-hak kita dengan warna-warna dan lagu bersama.

Artikel ini juga di kontribusikan ke PALAHOTAK Zine


[1] Seni sebagai Advokasi Awam; Demokrasi dan Seni Tanpa Sempadan; katalog pameran “Kuasa, Harapan dan Tanah”, Balai Seni Lukis Negara ( https://pohonbintang.wordpress.com/my-writings/art/demokrasi-dan-seni-tanpa-sempadan/ )

[2] Kebebasan berekspresi dalam seni di Malaysia, ibid

[3] Mengakar Kesedaran Sosial Dengan Seni, artikle publish di SeniKini. Juga boleh dibaca online: https://pohonbintang.wordpress.com/my-writings/art/mengakar-kesedaran-sosial-dengan-seni/

[3]

[4] The case of missing Mushroom, Malay Mail Online, http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/the-case-of-the-missing-mushroom

image : O Yun General Green Pea” http://koreanstudies.com/minjungart/