Kerana anak adalah masa hadapan

melihat anak makan
dengan tenang apa yang kita masak
walau hanya sardin dan nasi hangat
senyum manis pada bibir mereka
dan tanda seperti “like”
saat suap pertama kemulut mereka
sudah membuatkan hati senang
jauh lebih senang dari trima hadiah
sekalung emas
walaupun
perut kita sendiri
keroncong
kepala serabut
hati gusar
Kebahgiaan anak dan pelukannya
adalah satu yang menguatkan
dan yang paling layak diperjuangkan
kerana anak adalah masa depan.

ili (mac 2014)