Tuhan tak perlu pembelaan

Tuhan tak perlu pembelaan
oleh kaum-kaum menafik,
yang merasa diri sehebat Tuhan,
merasa diri bebas dari dosa,
yang sombong dengan posisi mereka,
kerana meletakkan diri sendiri mulia,
dengan cuma,
menghukum manusia,
kerana perbedaan.

tanya diri kau sebelum menghukum aku,
hal yang paling asas…
kenapa Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan,
atau kenapa Alam diciptakan pelbagai,
berbagai…
beragam….
tetapi tetap harmoni dalam kepelbagaian.

kenapa rupa kau dan aku
beda…
tapi darah kita merah;
Sama,
dan kenapa kita diciptakan olehNya
akal…
fikiran…
hati…
perasaan.
Untuk apa semua itu?

kata-kata ku ini
bukan untuk
mencaci,
atau beri solusi,
cuma  buat kita
berpikir…
melihat….
dengan hati
belajar…
mendalami…
memahami…
mencintai…
dan memberi cinta pada perbedaan,

kerana menerima perbedaan,
adalah hal yang paling asas,
untuk kita mengakui…
dan menghormati…
Ciptaan Tuhan.

Ili (Mei 2014)