ADUAN: PEMOTONGAN POKOK-POKOK Di SERDANG

Surat Terbuka kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Kepada Encik Tai Cheng Heng (Ahli Majlis Zon 21)

Saya Ili Farhana, warga penduduk Taman Universiti Indah Serdang, ingin menyatakan rasa ketidakpuasan hati saya kepada pihak MPSJ dalam proses pemuliharaan alam sekitar di persekitaran taman kediaman ini.

Pada16 Jun 2014, sekitar 9:44am terdapat beberapa kontraktor  yang memakai pakaian “kontraktor MBSA” telah memotong hampir kesemua pokok2 besar yang telah lama ada di cerun-cerun itu. Ini berlaku di Taman Universiti Indah, Serdang (Sepanjang Jalan Indah 1/12)

Saya meminta agar  Pihak MPSJ datang ke kawasan untuk menyelidik permasalahan ini. Kenapa kontraktor itu  memakai pakaian MBSA bukan MPSJ? Atas arahan siapa pembersihan pokok2 ini , tanpa memikirkan faktor pemuliharaan alam sekitar. Kenapa kami penduduk setempat tidak diberittahu tentang rencana untuk memotong pokok di kawasan tempat tinggal kami? Atas sebab apa pokok-pokok besar ini dipotong kesemuanya sehingga kawasan ini menjadi tandus dan panas?

Ini adalah masalah kritikal dan tidak boleh dianggap remeh dan perlu diatasi. Kondisi cuaca yang semakin panas, dan tanpa kehadiran pokok-pokok ini sekarang akan memburukkan keadaan dan cuaca setempat, ditambah  dengan cuaca tak menentu saat terjadi pada El Nino effects . Pokok-pokok besar ini adalah berfungsi untuk mengurangi cuaca panas di persekitaran kawasan kediaman ini dan utk kepentingan kesejahteraan alam.  Pokok-pokok ini memberi keredupan dan sama sekali tidak mengganggu aktivitas penduduk setempat malah ia membantu sistem ekosistem di kawasan ini, dari memilihara peredaran udara yang bersih, sebagai habitat dan sumber makanan seperti kehidupan dipersekitaran ini. Dalam beberapa pokok besar yang telah dipotong habis itu, setidaknya (melihat dari besar dan rimbun rindangnya pokok) anggaran pokok itu sudah berumur lebih dari 15 tahun. Dan ditempat pokok-pokok yang telah ditebang habis itu, ada lebih dari 4 jenis burung (bukan gagak) yang menjadikan pokok itu sebagai habitat dan mencari makan. Semakin banyak jenis burung yang ada dalam satu kawasan tinggal (boleh pokok atau kejiranan)menandakan bahwa ekosistem daerah tersebut sangat baik .

Ini belum lagi  mahu mengupas tentang permasalah lain pada kawasan ini iaitu   permasalahan sikap tidak bertanggungjawab dari sesetengah warga setempat yang membuang sampah, katil, perabot dan sampah non organik dibawah pokok dan cerun bukit itu. Ini yang seharusnya ditangani dan permasalah ini tidak akan selesai dengan memotong habis pokok-pokok di kawasan cerun ini.

Tanpa pohon-pohon ini secara langsung telah merosakkan ekologi hidupan yang telah wujud secara alami beberapa puluh tahun yang lalu.

Seharusnya pokok2 ini tidak di potong habis tetapi di potong pada bahagian dahan yang  tua/lama saja. Ini untuk memasti dahan yang dipotong akan masih tumbuh dalam jangka masa dekat, berfungsi untuk mengurangkan suaca panas pada kawasan dan mengekalkan keindahan alam sekeliling.

Selain itu, saya rasa nilai hartanah kawasan ini akan tinggi bila ada banyak kawasan hijau dengan pokok diserata tempat berdampingan dengan tempat bermain anak dan jalan raya yang ramah lingkungan hijau. tetapi sebaliknya, dengan kejadian seperti ini dan bila terjadi lagi, harga hartanah akah turun dan orang-orang tidak akan mahu tinggal dikawasan ini, kerana menjadi gersang dan panas.

EMPAT  PERSOALAN DIAJUKAN KEPADA MBSJ TENTANG PEYELENGARAAN KERJA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

  1. Apakah alasan MBSJ/MBSA mengarahkan untuk memotong bersih kesemua pohon-pohon itu? Saya melihat ini sebagai satu masalah yang perlu diatasi.
  2. Apakah solusi dari MBSJ untuk pemuliharaan Alam sekitar? Sangat jelas kontraktor yang anda bayar dan pertanggungjawabkan tidak memahami kerja yang harus dilakukan.
  3. Apakah kritiria kontraktor untuk mendapat tender seperti ini?
  4. Bukan kah seharusnya mereka ini ada pemahaman asas tentang pemuliharaan alam sekitar dan pokok-pokok terutama pada pokok -pokok yang sudah lama. Kenapa tiada pengawasan dari MBSJ sendiri sewaktu kontraktor-kontraktor ini bekerja?

CADANGAN DAN USULAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERSAMA

Dibawah adalah usulan cadangan saya untuk penambahbaikan bersama yang boleh dilakukan antara MBSJ, Kontraktor Tender dan juga Warga setempat;

1)setiap kontraktor yang diberi tender seharusnya ada pemahaman asas tentang pemuliharaan alam sekitar.

2) MBSJ harus  memberikan arahan dan latihan bagaimana untuk memelihara pokok-pokok yang ada. Ini adalah penting untuk membangun pekerja-pekerja yang berkualiti.

3) Pegawai/ wakil dari MBSJ seharusnya ada pada lokasi dari mula kerja sehinga selesai sebagai supervisor untuk memberi nasihat dan pemerhatian sewaktu proses pemotongan atau pembersihan dahan-dahan yang telah mati dan tua.

4) Notis atau survey harus dilakukan ddengan warga yang tinggal di kawasan sama ada perlu atau tidak pokok-pokok itu di potong contohnya.

5)Memberi kesadaran dan pendidikan kepada kontraktor dan juga pegawai-pegawai MBSJ untuk menanam sikap mengambil berat tentang alam dalam proses memeilihara kebersihan kawasan dengan mengambil tahu dan prihatin tentang kehidupan ekosistem yang sudah wujud secara alamai pada kawasan itu.

6) Memberi tindakan tegas dan memberhentikan kontrak kepada kontraktor yang merosak lingkungan

7 Memberi pendidikan kepada warga setempat tentang pemuliharaan alam sekitar dan cara-cara menjaga kebersihan alam

Menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab individu tapi adalah tanggungjawab setiap individu. Bagaimana kita mau rakyat keseluruhan menghormati dan prihatian pada alam jika pihak berkuasa dan orang yang di beri tender untuk menjaga menganggap remeh hal-hal ini?

Diharap Pihak MBSJ mengambil tindakan tegas pada kontraktor yang mendapat tender, dan juga mengambil tindakan tegas pada pegawai yang seharusnya bertanggungjawab dalam kerja-kerja ini.

sekian , Terima Kasih.

Yang Benar,

Ili Farhana

Warga Penduduk, Taman Universiti Indah, Serdang