Apa salah pokok itu hidup?

ili_trees

Apa salah pokok itu hidup
pada aturan penciptaNya
Saat pokok kita permasalahkan
kerana pokok tumbuh di longkang-longkang
kerna akarnya memecahkan saliran air
daun-daunnya akan berguguran
berselerakkan di jalan-jalan
menutupi kereta persendirian kita
ke longkang-longkang
ke taman-taman
semak!
merimbun!
liar!
kita permasalahkan itu semua
tidak pada diri kita….

Pokok-pokok itu diam tidak berkata-kata
tidak seperti kita manusia
hebat berkata-kata
itulah manusia
berkata-kata menyalahkan semua
tapi tidak diri kita

pokok-pokok dan hidupan alam
diam-diam saja
tidak berkata-kata
pada kita manusia
yang hari-hari menghancurkan
merosakkan
tidak merasa salah
dengan mengorek tanah
menebang pohon
menghacurkan habitat lain
merosakkan ekosistem
dengan alasan membina
untuk membangun
demi pembangunan
kesenangan
kemewahan
kekayaan

ok saja
buang sampah pada longkang yang kau dah buat
tapi mempermasalahkan
akar pokok yang tumbuh pada longkang itu
kita kata dunia ini panas
dan kita menebang pohon
Udara makin kotor
salahkan pada keparat syarikat
tapi tidak pada kita
manusia yang setiap hari mengunakan
kereta persendirian
nyamuk bawa penyakit
tanpa menyedari nyamuk dan manusia
saling berkait
Cacing itu geli
padahal dialah pekebun sejati
kita manusia
berlagak seperti superior
bijak pada hal segala
punya jawapan untuk semua

ya kita adalah bahagian dari evolusi
yang pada akhirnya menjadikan hidup banal
sibuk
mengejar entah apa
bersaing untuk apa
membangun kerana apa
tapi gagal untuk menyedari kita tetap hidup
kerana apa?

ya pokok-pokok itu diam-diam saja
dan tetap memberi kita oksigen
ya nyamuk tetap saja ada
kerana makin banyak sampah manusia
manusia sampah!
dan cacing
tetap akan menjadi
pekebun sejati
dan alam ini
tidak perlu kita untuk hidup
ia tetap hidup
sampai kita musnahkan semua.

Cuma kita
apa kita tetap akan sombong?
sombong dengan kesombongan kita?
yang pada akhirnya
membodohkan kita?

ili | Jun 2014 |