Menanam makanan sendiri & berkebun dengan etika permakultur untuk keselamatan makanan dan kemampanan | Growing food & gardening with Permaculture ethics for food security and sustainability

Kenapa menanam makanan sendiri?

  • Menanam makanan sendiri membuat kita lebih peka dengan persekitaran kita.
  • Menanam makanan sendiri juga mendisplinkan kita
  • Menanam makanan sendiri membangun sifat berdikari dan pada masa yang sama saling bergantungan antara alam, diri kita dan persekitaran (persekitaran termasuk keluarga, jiran, teman-teman dan juga publik yg lebih luas)

dRU30cd

  • Menanam mambangun sifat yang positif dan rendah diri.
  • Menanam makan sendiri membangun komuniti yang dinamik dan neighborhood friendly dengan aksi berkongsi makanan dan ilmu
  • Menanam makanan sendiri mampu menyatukan perbedaan dengan aksi mudah seperti berbagi hasil dan senyuman.

fc013cb2219cb211a64957eabf9ace2a

Dengan berkebun ia membangun nilai-nilai positif dalam diri yang mana dengan penerapan  kesedaran  3 etika perkebunan permakultur yang mudah iaitu:

” penjagaan bumi, penjagaan persekitaran dan berbagi secara adil”

Untuk kehidupan yang mampan di masa akan datang kita harus mempunyai prinsip dalam diri “Berkebun dengan beretika”

Kenapa kita harus berkebun menerapkan etika permakultur ?

Bill Mollison permaculture def

Berkebun dengan menerapkan etika permakultur adalah konsep yang mampu menjangkaui lebih dari sekadar  keuntungan (profit) . Ini kerana jika kita mampu berkebun dan membangun pemikiran seperti itu …itu  adalah satu pemikiran dan aksi harian yang revolusioner🙂

2907567004a687d474ef9f70b4b7d172

Jika berbicara tentang kemampanan(sustainability), kita harus memikirkan bagaimana makanan ini layak menjadi hak semua dan sihat untuk dimakan. Sebetulnya setiap orang mampu makan makanan organik atau makanan sihat. Tetapi makanan organik dan yang sihat sekarang ini sudah di label “makanan org kaya” kerana jelas, harganya jauh lebih mahal berbanding makanan non-organik. Tetapi dengan kita menanam makanan bersama, kita bukan hanya mampu menikmati makanan sihat, orang lain juga mampu merasa bahagian hasil tuai dan melakukan hal yang sama.

Dengan menanam makanan sendiri, kita menjadikan makan itu adalah hak semua, sihat dan percuma atau setidaknya layak dinikmati setiap orang.

World Food Summit  1996 ditakrifkan food security yang sedia ada “apabila semua orang pada setiap masa mempunyai akses kepada yang mencukupi, selamat, makanan berkhasiat untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan aktif.” Biasanya, konsep keselamatan makanan ditakrifkan sebagai termasuk kedua-dua akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang memenuhi keperluan pemakanan manusia dan juga pilihan makanan mereka. Di kebanyakan negara, masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan berlebihan adalah ancaman yang semakin meningkat, Malah, malnutrion dan bawaan makanan cirit-birit adalah menjadi beban berganda.

kHyDRzn

Food Security dibina di atas tiga teras:

  • Ketersediaan makanan: kuantiti yang mencukupi makanan yang disediakan secara konsisten.
  • Akses Makanan: mempunyai sumber yang mencukupi untuk mendapatkan makanan yang sesuai untuk diet yang berkhasiat.
  • Penggunaan makanan: penggunaan yang sesuai berdasarkan pengetahuan pemakanan asas dan penjagaan, dan juga air yang mencukupi dan sanitasi.

Food Security adalah isu pembangunan mampan yang kompleks, bukan hanya yang dikaitkan dengan kesihatan melalui pemakanan tidak seimbang, tetapi juga untuk pembangunan mampan ekonomi, alam sekitar, dan perdagangan. 1436372_orig

Jadi secara dasarnya kenapa kita perlu menanam makanan sendiri….

Untuk Persekitaran

  • Apabila kita menanam makanan  sendiri, kita membantu untuk melindungi alam kita kerana tumbuhan dan tanah akan menjadi membersihkan udara dengan mengurangi karbon dioxida dlm atmosfera.
  • Makanan yang kita tanam dirumah tidak akan melalui eksport yang lama dari seluruh negara atau dunia. maksudnya makanan yang kita makan lebih segar

Untuk kesihatan dan keselamatan

  • kerana sayur itu di tuai dari kebun kita rumah, makanan yang kita makan lebih segar dan selamat kerana kita memahami proses penumbuhannya
  • bekerja (berkebun) diluar rumah dengan udara yang bersih dan segara dan terdedah pada matahari pagi terutamanya adalah baik untuk kesihatan

Untuk Hubungan

  • Menanam pohon adalah aktiviti yang baik untuk anak-anak, ia juga membangun komuniti dan menghubungkan kita dengan kehidupan dan kitaran alam
  • Dengan berkebun anda akan membangun hubungan baik dengna jiran tetangga yg juga berkebun

 

artwork by GRAHAM BURNETT of 'SPIRALSEED

artwork by GRAHAM BURNETT of ‘SPIRALSEED

and….GUESS WHAT…

1604423_10151973213542001_542150521_n

So you ask me… why we garden? Because our common ground is FOOD🙂

f80dfad6cf4b7ae1e4274847b3b6e3af

Perubahan bermula dari diri dan aksi-aksi harian kita🙂

Jom berkebun kerana berkebun itu mudah.

Screen Shot 2014-08-09 at 12.18.33 AM