#SEKAM : Sederhana dan apa adanya | Sesi Pertama

Ini dia wajah-wajah kumpulan pertama #sekam. #SEKAM akan diadakan selama 2 kali setiap bulan dimana kita berkongsi teori dan pelajaran, juga hands-on aktiviti berkebun dan kemahiran hidup

Kumpulan pertama #sekam. #SEKAM akan diadakan selama 2 kali setiap bulan dimana kita berkongsi teori dan pelajaran, juga hands-on aktiviti berkebun dan kemahiran hidup

Pada 6 September 2014, kami (Kebun Rumah Kita) telah menjalankan pilot projek  #sekam yang pertama bersama kumpulan kecil yang terdiri dari anak-anak& kaum ibu . Projek ini adalah initiatif independent dari Kebun Rumah Kita, untuk memberi pendedahan kanak-kanak tentang dari mana datangnya makanan, pendidikan tentang kebun dan kemahiran hidup. Ini  juga adalah cara kami berbagi semula  apa yang kami ada dan pelajari,  kepada keluarga, teman-teman, komuniti atau orang ramai yang tertarik untuk belajar tentang ilmu dan skill perkebunan dalam bandar.

Fasilitator untuk bengkel ini adalah Bebe yang di bantu oleh saya sendiri (Ili Farhana) dan Azrel.

Antara aktiviti  untuk sesi pertama ini adalah melawat kebun-kebun jiran, mengenali tanaman-tanaman yang ada di persekitaran kawasan dan juga Kebun Rumah Kita . Selain itu anak-anak ini juga berpeluang berinteraksi langsung dengan sesi hands-on menyemai benih dan menghasilkan tempat semaian dari botol terpakai.

Ringkasan program #sekam

Untuk program yang pertama ini kami telah memutuskan untuk mengambil perserta dari keluarga yang kami kenal secara dekat dengan orang tuanya juga anak-anak mereka. Tujuan kami adalah kerana  untuk melihat tahap penerimaan kanak-kanak juga parents tentang apa yang dikongsi pada mereka, juga buat kami mendapatkan cadangan untuk memudahkan kami memperbaiki modul dan program ini.

Sesi Suai kenal. kenapa kita mulia sesi ini dengan anak-anak kenalan kami adalah untuk melihat bagaimana kanak-kanak ini merespond dan bagaimana kita conduct bengkel ini. Kerana aktiviti yang kami rencanakan melibatkan aktiviti luar, adalah lebih mudah utk "crowd-control" dengan kumpulan kecil. jadi lebih banyak interaksi antara participant dan facilitator .

Sesi Suai kenal. Antara sebab kenapa program ini kami sasaran erserta untuk setiap bengkel hanya max  10 orang + orang tua dari kanak-kanak yang hadir, ini adalah kerana aktiviti-aktiviti yang di reka bukan hanya dikebun tetapi melibatkan aktiviti luar seperti eksplorasi kawasan persekitaran. Kami merasakan atas sebab ini adala ideal untuk mengekal jumlah kecil pagi setiap sesi dimana untuk memudahkan facilitator untuk “crowd-control” juga mengalakkan  lebih banyak interaksi antara peserta dan facilitator selama perjalanan program #sekam

Mengenali jenis-jenis kebun yang ada di persekitaran. Dengan mengenali pada anak-anak secara langsung tentang jenis perkebunan, ia dapat melihat cara-car dan teknik-teknik berkebun yang berbeza-beza. Disini, anak-anak sedang ditunjukan perkebunan bonsai.

Kebun pinggir jalan: Jiran kami yang minatnya pada pokok-pokok bonsai . Sesi ini memberi pengalaman pada peserta untuk mengenali jenis-jenis kebun yang ada di persekitaran.  Anak-anak dapat mengenali secara langsung tentang jenis perkebunan, ia dapat melihat cara-cara dan teknik-teknik berkebun yang berbeza-beza.

Buat kami adalah sangat penting kita membangun kesedaran prihatin pada alam sekitar di usia kecil lagi. Sifat kebersamaan juga antara salah satu elemen penting dalam membangun kesedaran pentingnya berkomuniti. #SEKAM bukan hanya berkongsi ilmu tentang skills perkebunan tetapi memberi penekanan tentang nilai-nilai ini dan memberi pengalaman kepada peserta dalam penglibatan langsung dengan komuniti (jiran-jiran) dan persekitaran mereka.

Membangun kepercayaan dalam komuniti adalah cabaran awal kami dimana ia menjadi hal pioriti bagi menjayakan program ini atau program yang  bersifat komuniti. Ini juga melatih kita secara individu belajar membuka diri kita. Proses ini boleh  kita bangunkan perlahan-lahan melalui aktiviti harian kita contohnya seperti bertegur sapa. Kerana kami dapati jiran-jiran kami mempunyai minat yang sama, iaitu berkebun, buat kami itu adalah kunci bangi membuka ruang. Sudah memjadi amalan kami setiap kali ada hasil tuai dari kebun jika ada banyak yang lebih kami akan berbagi ke jiran tetangga kami.

Pada awal bulan lalu, setelah kami memutuskan untuk merialisasikan idea ini, kami telah mengunjungi  jiran kami dan berbincang dengan mereka tentang niat kami untuk mengadakan bengkel ini serta, untuk membawa peserta berkunjung ke kebun mereka. Kami mendapat sokongan positif dari jiran-jiran yang kami kunjungi, yang mana mereka merasakan program seperti ini penting bagi memupuk hubungan kejiranan yang semakin dilupakan.

jalan-jalan sambil belajar mengenal pohon-pohon di jalan.

jalan-jalan sambil belajar mengenal pohon-pohon di jalan.

Facilitator memberi penerangan jenis-jenis tanaman yang berada di kebun jiran tetangga

Facilitator memberi penerangan jenis-jenis tanaman yang berada di kebun jiran tetangga

Belajar langsung dari alam

Selama perjalanan melawat kebun dan eksplorasi kawasan dan tanaman di persekitaran, peserta juga di galakkan utk mencatat dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Ada yang menulis nama pokok, ada yang kumpul data dengan mengunakan visual. Ini melatih anak untuk menjadi pengamat dan lebih peka pada persekitaran, juga memahami tentang pokok tersebut.

Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang di ajar secara langsung, anak-anak kecil ini dapat melihat sendiri sifat pokok, bau etc. SEKAM menawarkan pendidikan altenatif pada anak-anak. Belajar sambil bermain

Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang di ajar secara langsung, anak-anak kecil ini dapat melihat sendiri sifat pokok, bau etc. SEKAM menawarkan pendidikan altenatif pada anak-anak. Belajar sambil bermain

Berkenalan dengan jiran tetangga

Berkenalan dengan jiran tetangga

Eksplorasi rasa madu bunga jejarum

Eksplorasi rasa madu bunga jejarum

Ini antara kebun jiran kami yang kami lawati. Mereka juga berkongsi hasil tuaian mereka dengan jiran tetangga kerana katanya hasilnya terlalu banyak dimakan sendiri, dan dari membazir dan di buang, mereka berkongsi dengan jiran tetangga. :)

Ini antara kebun jiran kami yang kami lawati. Mereka juga berkongsi hasil tuaian mereka dengan jiran tetangga kerana  hasil kebun  terlalu banyak untuk dimakan sendiri, dan mereka memutuskan untuk berkongsi dengan jiran tetangga.🙂

mengenali tanaman yang ada di kebun rumah kita

mengenali tanaman yang ada di Kebun Rumah Kita

Ini adalah minuman yang kami hasilkan dari rebusan bunga telang dan rosella, bersama daun mint dan limau dicampur dengan air Ice cream Soda. Menyegarkan! | photo credit: Accs Azliza

Program #sekam juga memberi pengenalan kepada kanak-kanak ini untuk berekslorasi dengan tanaman yang terdapat di Kebun Rumah Kita . Ini adalah minuman yang kami hasilkan dari rebusan bunga telang dan rosella, bersama daun mint dan limau nipis dicampur dengan  Ice Cream Soda. Menyegarkan! | photo credit: Accs Azliza


Sesi Hands-on: Proses semai benih dengan mengunakan botol-botol terpakai

Untuk sesi ini, setiap kanak-kanak diberikan dua tempai semaian, 1) yang akan dibawa pulang kerumah untuk melatih mereka menjaga benih semaiannya and 2) yang akan ditinggalkan di Kebun Rumah Kita.

Untuk sesi kedua yang akan di adakan 20 Sept nanti, kanak-kanak ini akan datang kembali dan membawa semaian mereka untuk memberi laporan hasil dari semaian juga berkongsi pengalaman menjaga benih.

This slideshow requires JavaScript.

Selesai acara bengkel kami mengakhiri hari kami dengan makan & piknik bersama. Kerana program ini adalah di biaya sendiri oleh kami, kami berterima kasih pada parents yang ikut serta dengan sokongan mereka dengan konsep “potluck lunch.”

"Sederhana dan  Apa adanya"

“Sederhana dan Apa adanya”


 

SESI 2 | 20hb September

Sesi selanjutnya akan diadakan pada 20hb September hari sabtu, jam 9:30 pagi. Bagi parents yang tertarik utk bersama-sama anak-anak utk mengikuti program ini, kita masih ada 3 ruang kosong lagi utk ikut serta sesi ke 2 kami.

Jika berminat boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah atau Boleh direct FB message saya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini dengan program #sekam boleh follow kami di twitter : @kebunrumahkita

Mari kita mengakarkan masa depan yang prihatin tentang alam. “Setiap Hari adalah Hari Bumi”

Maklumat lanjut tentang #SEKAM

Bantu kami untuk tumbuh berkembang dengan berkongsi info program ini dengan teman-teman lain juga terlibat dengan bengkel #sekam kami!🙂

Trima kasih.