Hiduplah dengan berani

image

Untuk apa deria-deria ini?
Jika setiap deria yang dikurniakan OlehNya,
Tidak dibenarkan berfungsi,
Pada hal yang menyentuh kita,
Pada hal yang menyedarkan kita,
Pada hal yang mencerdaskan kita,
Pada hal yang memanusiakan kita.

Rasa-rasa ini dihapus…
Dengan rasa takut.
Dibisukan supaya tidak ada suara
Dengan menakut-nakutkan
Seperti cerita momok dan setan

Ketakutan ini diciptakan Oleh manusia
Yang merasa mereka layak mengatur semua
Dari hidup kita, sampai cara pandang dan pikiran kita
Mengikut kotak-kotak mereka

Apakah akhirnya Kita akan menurut
Kerana takut?
Takut mengunakan akal utk berfikir
Takut mempersoal kerana kata mereka kurang ajar.

Atau mungkin kita sudah selesa…
Menjadi manusia mati rasa,
Perlahan fikrah menjadi gelap
Gelap tiada cahaya…
Kerana sistem yang dibenarkan….
hanyalah,
Pada hal-hal yang membodohkan kita.

Ili | 16 sept 2014
#mansuhaktahasutan