Manusia lebih sayangkan duit dari bumi

BAHAGIAN 1

Setiap perubahan kearah yang lebih baik itu pasti ada cabaran dan proses yang harus di lalui dalam kita menuntut perubahan negara. Dalam laungan bersama kearah reformasi sistem negara, kita wajib fikirkan dan rencanakan apa yang kita boleh berikan kearah reformasi sistem itu sendiri? Apakah cukup dengan memberi sokongan yang bersifat sementara? Adakah kita terlibat dan melibatkan diri dan bagaimana kita boleh menjadi bahagian dalam proses mematangkan proses reformasi sistem? Harus diakui proses kearah perubahan itu tidak mudah dan tidak ada jalan pintas atau segera.

Kita ambil contoh dalam pengasingan sampah yang sudah mula dikuatkuasakan, ini adalah proses reformasi dalam satu cabang sistem Negara, walaupun cuma 8 negeri yang akan terlibat, buat saya, ini proses penambahbaikan dalam sistem. Seperti kita semua sedia maklum di Malaysia, 1 Sept 2015 telah dikuatkuasa untuk setiap isirumah mengasingkan sampah. Undang –Undang ini dikuatkuasakan di lapan negeri, iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis.

                             Di bawah Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 , isi rumah di Kuala Lumpur, Putrajaya , Pahang , Johor , Melaka, Negeri Sembilan , Perlis dan Kedah dikehendaki mengasingkan sisa mereka. Mulai 1 Jun tahun depan , isi rumah yang tidak mengasingkan sisa mereka akan dikenakan kompaun RM50 bagi kesalahan pertama , dan RM100 dan RM500 bagi kesalahan berikutnya. Jika kompaun tidak dibayar , pesalah itu boleh dibawa ke mahkamah untuk menghadapi hukuman denda maksimum RM1,000.  The Malaysian Insider

graphic-sorted-waste-kamarul-21082015

Pada dasarnya kita harus melihat penguatkuasaan dalam undang-undang adalah salah satu langkah yang positif, kerana sudah sampai waktunya setiap dari kita mengambil tanggungjawab pada sampah yang kita hasilkan demi menjaga kesejahteraan negara dan alam ini bersama.

Tetapi dalam menguatkuasakan undang-udang pengasingan sampah, adakah masyarakat umumnya sedar tentang apa yang berlaku dan tahu bagaimana proses pengasingan sampah di rumah? Adakah info tentang pengasingan sampah contohnya sampai kepada masyarakat umumnya? Bagaimana pula tahap pemahaman rakyat dan pendidikan masyarakat tentang pengasingan sampah sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan?

Kempen Kitar Semula telah dikenalkan secara nationwide dahulu pada tahun 1993, tetapi sampai sekarang pengasingan sampah belum jadi budaya masyarakat majoriti. Kerajaan harus akui kempen yang dijalankan dulu gagal mendidik dan membangun kesedaran masyarakat untuk kitar semula. Manakala kempen seperti “no plastic day” juga buat aku gagal, kerana masih ramai yang tidak mempraktekkannya dan kemana wang yang kita harus bayar kalau tidak membawa beg sendiri pada hari sabtu itu pergi? Hal-hal ini wajar dipersoal.

Kegagalan mendidik masyarakat tentang pengasingan sampah dan kitar semula ini seharusnya tidak hanya dilihat sebagai gagalnya pemerintah dan pihak bertanggungjawab sahaja, tetapi harus juga mempersoal pada diri kita sendiri apakah kita melakukan pengasingan sampah itu di rumah? Harus di fahami setiap kempen itu akan gagal jika tidak ada penglibatan langsung dari publik, walaupun majoriti sadar pentingnya kita mengasingkan sampah dan apa itu kitar semula.

Persoalan kenapa gagalnya kempen kitar semula, seharusnya menjadi rujukan untuk memperbaiki kempen-kempen kitar semula sekarang dan yang akan datang. Ini untuk mengelakkan melakukan kesilapan yang sama. Kalau masih mengulang kesilapan lama, bukan hanya membuang waktu ia juga akan melibatkan pembaziran wang lagi, yang mana kos untuk mendidik masyarakat , menambah pusat kitar semula, menambah tong-tong sampah kitar semula dan sebaginya itu sia-sia dan tidak di gunakan/ tidak digunakan dengan betul.

Pihak yang bertanggungjawab juga harus memastikan masyarakat tahu dan faham tentang perubahan sistem pengumpulan sampah terutamanya rutin pengutipan sampah, proses dan cara-cara pengasingan sampah isi rumah supaya undang-undang yang akan dikuatkuasakan itu bukan dibuat untuk dilanggar. Jika tidak, akhirnya undang-undang dan peraturan yang akan mengenakan denda pada isi rumah yang gagal mengasingkan sampah menjadikan semacam “wang tambahan” utk pihak penguasa dengan mengumpul kutipan denda dari rakyat yang mereka sendiri gagal mendidik!

Untuk memastikan apa yang dikuatkuasakan itu ada penglibatan dari masyarakat umumnya; advokasi publik dalam memberi pendidikan kesedaran seharusnya berjalan sejajar dengan apa yang dikuatkuasakan. Target di mana pendidikan ini harus diberikan juga harus lebih jelas dan bukan hanya kempen-kempen yang targetnya rambang dan terlalu umum, contohnya cuma menggunakan media massa dan media sosial sahaja.

Projek Mural anak-anak Kampung Padang Jawa, projek bersama anak-anak kampung dan Pusat Sekitar Seni PSS)

Contoh projek street art, mengunakan medium mural dan stencil untuk menyampaikan pesan dan menggangkat isu setempat. Projek Mural anak-anak Kampung Padang Jawa, projek bersama anak-anak kampung dan Pusat Sekitar Seni PSS)

Kempen-kempen dan info untuk pendidikan masyarakat seharusnya bukan sekadar pada dasar-dasar perundangan yang tidak banyak yang paham dan mengharapkan pemerkasaan masyarakat dapat dibuat menerusi kempen-kempen dan leaflet2 online yang sifatnya tidak sampai ke seluruh masyarakat. Kita harus akui… tidak semua ada smartphone…internet…Tv… facebook etc. Tidak banyak juga orang membaca, ada juga yang low literacy atau tidak mudah juga orang faham tanpa tunjuk ajar secara langsung. Semua ini harus difikirkan dan harus memikirkan cara bagaimana menyasarkan ke mereka yang tidak memiliki medium komunikasi moden ini.

Antara candangan solusi yang boleh dijalankan adalah; membangun kerja kolaborasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak, contohnya dengan pendidikan di sekolah, di pejabat dan mana-mana institusi, individu atau kolektif yang boleh membantu memperkasa pendidikan masyarakat seperti badan-badan bukan kerajaan, kolektif seniman contohnya.

Apa yang penting adalah program yang dibentuk harus mempunyai target jangka masa pendek dan juga panjang supaya dapat melihat pencapaian dan sebagai rujukan/ indicator tahap penerimaan, pemahaman dan mengetahui berapa ramai yg mempraktekkan pengasingan sampah di sekolah, rumah, tempat kerja etc. Keberlangsungan program pengasingan sampah dan kitar semula dijamin boleh dijalankan sekiranya adanya komitment yang berterusan dan kolaborasi sihat pelbagai pihak. Ini akan saya kupas dan beri contoh projek sebagai kajian kes yang pernah saya dan teman-teman jalankan dalam penulisan saya yang berikutnya bahagian kedua nanti..

Ini Contoh PROGRAM ASAS (Anak-Anak Sihat Alam Sejahtera) Yang di adakah di Sekolah Men. Bandar Baru Sentul. Bengkel pengurusan sampah,  dari apa yang mereka paham, pelajari dan diskusi, saatnya hands-on tentang pengasingan sampah secara bersama. Kami mengambil sampah2 yang dikumpulkan di sekolah, contohnya dari kantin &dapur kantin. kami mendapat 4 bag sampah yang belum di asingkan. Aktiviti ini sangat penting bagi memberi mereka pengalaman secara langsung mengasingkan sampah. Pendidikan seperti ini penting kerana pelajar dapat melihat sendiri perbezaan kuantiti saat sampah sebelum dan selepas diasingkan.

 

MEMBANGUN KESEDARAN BERSAMA

Kita sering mendengar dalam diskusi-diskusi dikalangan NGO, activist, anak-anak muda, mahasiswa juga parti politik contohnya, yang mana kononnya orang luar Bandar dan orang kampong kurang kesedaran. Adakah kita yakin mereka kurang kesedaran? Pernahkah orang-orang yang mengatakan orang kampong kurang kesadaran ini melihat sendiri dengan hidup bersama dengan orang kampong dan mengenal permasalahan mereka dan belajar bersama-sama dengan mereka? Buat saya, jika anda belum pernah turun ke kampong… hentikan sikap angkuh, belajar rendahkan diri dan bahasa pengucapan.

Menjadi ideal adalah saat orang-orang celik info ini, mengambil initiatif membangun kesedaran bersama. Kesedaran bersama adalah saat kita berkongsi ilmu dan skill yang kita ada dengan initiatif kita sendiri tanpa menunggu arahan, tanpa undang-undang yang di kuatkuasa, tanpa funding atau dana contohnya. Membangun kesedaran bersama adalah saat kita mengambil initiatif untuk menjadi masyarakat yang proaktif dengan atau bantuan mana-mana pihak, dengan kita memberi pendidikan kesadaran pada kolektif dan komuniti, dalam konteks ini tentang cara-cara mengasingkan sampah contohnya. Masyakat yang lebih demokratik adalah saat masyarakt itu sendiri membangun sistem dan pendidikan bersama dalam memperkasa komuniti setempat mereka untuk menjadi lebih dinamik.

Ibu bapa contohnya seharusnya mengambil initiatif mendidik anak-anak tentang kebersihan dan mengamalkan pengasingan sampah dari rumah dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab mendidik anak tentang hal-hal asas ini pada pihak sekolah. Dalam pada masa yang sama, pihak sekolah harus mewujudkan sistem pengasingan sekolah di sekolah untuk memastikan apa yang di praktekkan di rumah itu boleh dipraktekkan di sekolah. Dari situ ia membangun budaya yang lebih sihat dan memberi pendidikan kepada anak-anak tentang pentingnya menjaga keharmonian dalam komuniti yang dia tinggal.

Pendidikan adalah tanggungjawab bersama, dan kita harus mengambil peran untuk itu dan bukan hanya mengharap pada pihak kerajaan sahaja yang kita semua tahu banyak kelemahannya.

Kalau Aku, secara praktek, dirumah mengamalkan pengasingan sampah tanpa perlu undang-undang dikuatkuasa oleh mana-mana. Initiatif itu ada saat sedar dan paham apakah impak yang berlaku jika kita menjadi pengguna yang tidak bertanggungjawab. Dalam dunia yang informasi di hujung jari, menjadi sadar dan tahu tidak cukup untuk melihat perubahan terjadi… tetapi haruslah terlibat langsung dalam kesejahteraan bersama. Sampah adalah isu bersama dan adalah perjuangan aksi langsung harian yang harus kita juangkan demi alam ini.

Dirumah kami ada 6 tongsampah. Proses mendidik anak untuk mengasingkan sampah harus juga dirumah bukan hanya mengharap pendidikan di sekolah etc. Ambil peranan anda sebagai org dewasa utk mengakar anak2 yg pelrihatin pada alam dan lingkungan/ setempatnya. dari kiri: kompos, kertas& kadbod, botol plastik, botol2 kaca dan tin. sudah terlalu banyak sampah dari kita... saatnya kita bertanggungjawab kitar semula dan urus cara kita buang sampah. change start from home and it can start how we organise our rubbish. #bethechange dont just talk about care for earth. walk the talk! #sustainability #sustainable #greenliving

Dirumah kami ada 6 tongsampah. Proses mendidik anak untuk mengasingkan sampah harus juga dirumah bukan hanya mengharap pendidikan di sekolah etc. Ambil peranan anda sebagai org dewasa utk mengakar anak2 yg prihatin pada alam dan lingkungan/ setempatnya. dari kiri: kompos, kertas& kadbod, botol plastik, botol2 kaca dan tin. sudah terlalu banyak sampah dari kita… saatnya kita bertanggungjawab kitar semula dan urus cara kita buang sampah. change start from home and it can start how we organise our rubbish. 
dont just talk about care for earth. walk the talk!

Ini adalah sebab kenapa aku menyokong pengasingan sampah jadi wajib, dan sadar perubahan tidak menunggu kita semua untuk siap. Apa Mungkin kerana sampah ini sering di pandang remeh, kesedaran ke masyarakat harus melalui jalur keras; dengan menguat kuasakan undang-undang? yang mana untuk mengelak didenda, majoriti akan terpkasa mengasingkan sampah. Kalau ya, tidak salah jika saya katakan ramai daripada kita lebih sayang duit dari alam ..

Apa nanti bila nanti kita disaman dan di denda… kita akan marah-marah dan menyalahkan pihak berkuasa seperti biasa, “semua salah kerajaan etc”… Aku juga banyak hal aku meluat dengan penguasa dan sistem di negara ni, tapi pada hal Sampah… itu adalah tanggungjawab kita, kerana setiap dari kita, realitinya…buka saja mata kita akan menghasilkan sampah.

Kita harus melihat sisi positif dari ini, dan mula melibatkan diri dalam proses kearah sesuatu yang lebih baik ini, dari melihat ia sebagai sesuatu yang menyusahkan dan menjadikan point untuk menunding kelemahan sesetengah pihak yang bertanggungjawab. Menyalahkan pihak lain amat mudah dari mempersoal diri kita…. sebelum menunding jari, persoalkan diri dengan “adakah aku mengasingkan sampah yang aku hasilkan hari ini?”

Perubahan tidak berlaku cukup dengan kita sedar, like, share atau retweet dengan hal2 anti pencemaran atau merosakan alam di alam maya. Realitinya adakah kita menjaga alam ini setiap hari?

Sekarang ini, tidak cukup dengan hanya menyedarkan diri sendiri dan orang… sudah masanya utk melakukan apa yang di fahami, kerana hanya aksi langsung yang mengubah sesuatu kearah yang lebih baik. pilihan dan persoalan bermula pada diri sendiri, adakah kita melakukan apa yang kita sedar?  Kerana dalam dunia ini yang menghasilkan sampah yang merosakkan alam adalah kita manusia.