Review: Karya Bakat Muda 2004

Imej sebagai satu lapangan persaingan ideologi

Review karya Believe it or Not (Bakat Muda 2004)

Media: Inkjet Print on Vinyl

Karya Believe it or Not oleh Ili Farhana mengingatkan kita tentang perbezaan yang semakin kabur antara suci dengan yang karut dalam rancah budaya konsumerisme, budaya tontonan media, pemasaran viral dan pemasaran paksaan yang digunakan pada zaman sekarang. Mengunakan pengalaman beliau sebagai jurujual ‘salesgirl’ untuk rujukan, Ili mencipta semula suatu iklan olok-olok yang dibina oleh pelbagai imej. Imej-imej ini dipetik dari pelbagai sumber popular – kad kredit, patung barbie, peperangan, karektor komik dan juga Buddha.

Dalam Kritikan komoditi beliau, corak membeli dan penggunaan komoditi seseorang itu bakal membentuk identiti dan keperibadian seseorang. Jenama-jenama antarabangsa mempengaruhi pilihan gaya hidup seseorang yang kadangkala dilanggan, diamalkan dan dijadikan ritual dengan penuh setia dan keyakinan mengalahkan agama-agama tradisi. Malah peperangan dan agama itu sendiri turut dipakej secara kormersil sebagai produk konsumer dan diagungkan sebagai komoditi dan perkhidmatan( atau dalam keadaan tertentu dituduh sebagai paksi kejahatan) Terdapat juga rujukan terhadap perkaitan menggerunkan antara proses urbanisasi, budaya popular, pengiklanan dan penjenamaan dengan propganda gaya hidup metropolitan, kesemuanya  bertujuan untuk melanjutkan lagi agenda-agenda konsurisme, seterusnya pengawalan dan penguasaan terhadap aliran modal dan pasaran.

Karya Ili mencadangkan bahawa media dan imej telah menjadi satu lapangan persaingan dalam mana budaya, gaya hidup,, dan identiti boleh dibina scara tiru-tiruan dan diwar-warkan untuk disuap kepada sebuah khalayak sasaran atau untuk mencipta pasaran yang telah dikenalpasti. Menariknya, karya ini juga mencerminkan interpretasi negatif pascastrukalisme yang mengatakan bahawa kita hidup dalam sebuah masyarakat yang kosong dan tidak berjiwa.

Artikal/tulisan diambil dari katalog bakat muda sezaman 2004. Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur Malaysia.

English Translation

Ili Farhana’s Belive it or Not reminds one of the blurring distinctions between the sacred and the profane in today’s age og consumerist culture, media spectacle and viral as well as coercive marketing. Using her own experiance as a salesgirl as point of referance, Ili stimulates a mock advertisment made of composite imageries taken from various popular sources- credit card, barbie dolls, war, comic characters and even Buddha.

In Ili’s commodity critic, one’s pattern of consumption determines one’s nation of self identity. Transnational brand names influences one life choices of lifestyles, sometimes subscribed, practiced and ritualized even more faithful than traditional religions. Even war and religion can be comercially packaged as consumer products and mystified as commodities and services (or in certain cases, demonized as the axis of evil). There is also referances to an eerie link between urbanization, popular mass culture, advertising and branding with propagation of alternative metropolitan lifestyle to further expand consumerist agendas, thus control of capital and market flow.

Ili’s work implies that media and images have become sites of contestation in which culture, lifestyle and identity can artificially constructed and hyped to feed a targeted mass and create a desired market. Interestingly, the work also reflects a defeatist interpretation of the poststructuralist reality in which we live in; a soulness empty society.

Writings/article taken in  The Young Contemporaries 2004. National Art Gallery, Kuala Lumpur Malaysia.