Guernica, Dewey & Spirkin

Sudah lama aku menjauhkan diri dari seni…menjauhkan diri, tetapi bukan melupakan. Mungkin penulisan ini akan lebih personal, ditulis berdasarkan minat aku ke satu karya dan dua teori dan falsafah yang aku pilih untuk aku membuat interpretasi karya. Disini aku akan imbas kembali tentang bagaimana aku boleh tertarik dengan seni, penglibatan aku dan pengamatan aku.

Tulisan kali ini aku ingin mengambil Karya Guernica (karya pertama yang menarik minat aku), dan membincangkan sedikit hubungkait teori oleh John Dewey dan konteks seni dan falsafah oleh Alexander Spirkin.

Dalam penghasilan sebuah karya terdapat pelbagai teori seni dari mimetic, formalist, processional, aestheticism, organic unity dan pragmatism teori. [1]  Bagi aku, seni tidak lepas dari pengalaman kehidupan diri kita, orang-orang dekat kita, masyarakat, dimana ia merangkumi politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Seni sebagai pengalaman dan kritik sosial

Aku masih ingat pembelajaran aku dalam kuliah pertama di seni halus. Apa itu seni? mudah sahaja Prof. menghuraikan, “art is a vehicle to bring your idea to the public”

Aku setuju dengan statement itu. Buatku sesebuah karya yang baik mampu memberi impak atau meninggalkan kesan dan ingatan kepada yang melihat.  karya Picasso iaitu Guernica telah memberi impak besar kepada aku, dimana aku telah memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke seni halus dan meninggalkan fashion!

Imej (1) Guernica, Pablo Picasso, 349 cm × 776 cm (137.4 in × 305.5 in), 1937, oil on canvas[2]

Pablo Picasso telah menghasilkan karya Guernica  sebagai tindak balas atau respon artist kepada pengeboman Guernica, Negara Basque, oleh pesawat pejuang Jerman dan Itali atas perintah angkatan Sepanyol Nasionalis, pada 26 April 1937, semasa Perang Saudara Sepanyol. Ia adalah sebuah karya mural hitam putih dengan gaya stailisasi surrealist. Guernica menunjukkan tragedi peperangan dan penderitaan yang mengenakan atas individu, orang awam terutamanya yang tidak bersalah. Karya ini telah mendapat status monumental, menjadi peringatan kekal tragedi perang, simbol anti-peperangan, dan pembentukan keamanan. Tujuan Picasso dalam menghasilkan lukisan ini adalah untuk membawa perhatian dunia tentang pengeboman bandar Basque Guernica oleh pengebom Jerman, yang menyokong angkatan Nasionalis Ketua Franco semasa Perang Saudara Sepanyol. Setelah karya ini selesai, Guernica telah dipamerkan di seluruh dunia dalam lawatan yang singkat, dan menjadi terkenal dan diiktiraf secara meluas. Lawatan pameran ini membantu membawa isu perang saudara Sepanyol kepada perhatian dunia.

Jika kita melihat karya ini, pelukis merespon kepada isu perang itu, dengan mengunakan simbol dan ikon yang dekat dengan budaya Sepanyol seperti kuda dan “bull”. Picasso menggunakan cat hitam, putih, dan kelabu untuk menetapkan mood muram sebagai ekspresi kesakitan dan huru-hara. Bentuk dan postur tubuh mengekspresikan protes.

Dari situ aku melihat peranan sebagai seorang pengkarya itu bukan hanya mencipta karya seni dan membuat pameran, tetapi ia mendokumentasi apa yang berlaku pada waktu itu, yang melibatkan emosi personal dan observasi yang berlaku dengan kondisi pada waktu itu. Ia merespon kepada situasi yang mengambil kira pelbagai aspek dalam masyarakat yang mengambil kira kondisi politik, ekonomi, budaya dan sosial.

 Aku setuju dengan kenyataannya tentang seni adalah kenderaan yang membawa idea pengkarya ke publik, kerana ia bukan sahaja melatih menjadi kreatif, tetapi kritikal. Bagi aku, seni adalah proses, seni itu bergerak dengan masa, sentiasa harus berkembang dan melalui proses pencarian dan kajian, melalui proses pengamatan dan interpretasi tentang kehidupan. Kalaupun hasil kerja seni mencapai “tahap matang” lalu dipamerkan, itu adalah bentuk hasil produk si pengkarya dari melalui berbagai-bagai proses yang disebutkan tadi. Dalam erti kata lain, pengkarya haruslah selective dengan subjek yang dipilih, kritikal dalam perkembangan idea dan kreatif dalam mengolah bentuk karya seni.

Terdapat dua teori yang menarik yang ingin aku kongsi dalam penulisan kali ini yang boleh dihubungkaitkan dengan contoh karya Guernica diatas.  Pertama teori Estetika John Dewey (Oktober 20, tahun 1859 – Jun 1, 1952) iaitu seorang ahli falsafah Amerika, psikologi dan pembaharu pendidikan yang idea-idea yang telah berpengaruh dalam pendidikan dan reformasi sosial.

Menurut John Dewey dalam theory “art as experience” membincangkan dimana ia merupakan satu cubaan untuk mengalih pemahaman apa yang penting dan ciri-ciri tentang proses seni dari manifestasi fizikal dalam ‘ekspresif objek’ untuk proses secara keseluruhannya, proses yang asas unsur tidak lagi ‘karya seni’ bahan tetapi lebih kepada perkembangan ‘pengalaman’. Pengalaman adalah sesuatu yang peribadi mempengaruhi hidup kita. Teori-teori ini adalah sangat penting untuk kehidupan sosial dan pendidikan kita.[3] Ia adalah satu perkembangan dramatik dari batas-batas falsafah estetik, kerana ia menunjukkan hubungan seni dengan pengalaman seharian dan dalam berbuat demikian mengingatkan kita mempunyai tanggungjawab tinggi bahawa seni, masyarakat dan individu sentiasa terhutang kepada satu sama lain.

…works of art are the most intimate and energetic means of aiding individuals to share in the arts of living. Civilization is uncivil because human beings are divided into non-communicating sects, races, nations, classes and cliques.[4]

 Satu lagi contoh falsafah yang menarik adalah dari Alexander Spirkin. Dalam penulisan Alexander Spirkin[5], seorang falsafah dari Russia, di dalam kajiannya tentang Dialectical Materialism; “…art, like philosophy, reflects reality in its relation to man, and depicts man, his spiritual world, and the relations between individuals in their interaction with the world.” [6] Apa yang menarik tentang pandangan A.Spirkin adalah bagaimana dia menekankan dengan tegas pentingnya hubungan seni dengan realiti, interaksi manusia dengan sekeliling kita.

Merujuk kepada kajiannya juga, A.Sirkin berpendapat seni seperti falsafah, ia memiliki fungsi sangat komunikatif iaitu melalui seni individu berkomunikasi dengan satu lagi perasaan mereka, pemikiran mereka yang paling dalam dan hal-hal/isu-isu yang pelbagai.[7] A.Spirkin juga menyatakan secara umum seseorang itu tidak boleh mencapai kesempurnaan berfikir secara kreatif dalam apa juga bidang tanpa membangunkan keupayaan untuk melihat realiti dari sudut pandangan estetik.

Secara kesimpulannya, setiap karya yang dihasilkan itu jika merujuk kepada teori estetik dan falsafah itu tadi ia tidak terlepas dari pengalaman dan persekitaran hidup. Adalah penting kita melihat dan mengambil kira kondisi situasi, isu, idea, ideologi dan sebagainya. Seperti karya guernica ia tidak akan meninggalkan kesan kepada ramai orang jika hanya menekankan susun atur warna dan imej di atas kanvas. Ia meninggalkan kesan dan impak yang mendalam kerana adanya pengaruhi pengalaman, ekspresi dan melalui proses observasi yang mendalam yang mengambil kira sosial, politik dan budaya.


[2] Image are copyright protected (fair-use); http://en.wikipedia.org/wiki/File:PicassoGuernica.jpg

[6] Philosophy&Art, A Dialectical Materilism; Alexander Spirkin, http://www.marxists.org/reference/archive/spirkin/works/dialectical-materialism/ch01-s05.html

[7] Philosophy&Art, A Dialectical Materilism; Alexander Spirkin,

…in general one cannot achieve true perfection of creative thought in any field without developing the ability to perceive reality from the aesthetic standpoint… Like philosophy, art also has a profoundly communicative function. Through it people communicate to one another their feelings, their most intimate and infinitely varied and poignant thoughts.”

http://www.marxists.org/reference/archive/spirkin/works/dialectical-materialism/ch01-s05.html