Mengakar Kesedaran Sosial Dengan Seni

Artikel oleh: Ili Farhana

“Aku seorang seniman, dan ini sudah menjadi tanggungjawab aku kepada masyarakat”- Aisyah Baharuddin, seniman dan pengasas TIGA (Tindakan Gerak Asuh, kolektif Seni) Padang Jawa

Seniman menghasilkan karya seni dalam apa bentuk medium yang dipilih untuk menghasilkan karyanya. Jika dilihat kembali dalam sejarah, seni tidak hanya menggambarkan saat berlakunya peristiwa sejarah itu, tetapi ia mencerminkan realiti apa yang berlaku dalam peristiwa atau detik sejarah itu. Hasil karya seni itu kadang, mampu membangun kesedaran yang mengubah pandangan atau persepsi penghayat karya tentang sesuatu peristiwa atau isu tentang sebuah tempat, kondisi hidup masyarakat dan sebagainya.

Seni dan Komuniti; Merakyatkan Seni

Seni dan komuniti melibatkan seniman dan masyarakat dalam proses kerjasama kreatif, menghasilkan pengalaman kolektif dan ekspresi bersama. Ia adalah sebagai satu cara, medium atau kenderaan bagi masyarakat untuk mengekspresikan diri; membolehkan seniman, melalui sokongan modal atau lain-lain, untuk melibatkan diri dalam aktiviti kreatif dengan masyarakat secara langsung, melalui projek kerjasama. Bentuk seni yang dihasilkan biasanya dilakukan secara bersama dipamerkan di ruang-ruang publik atau ruang yang mempunyai akses langsung dengan publik  dan lebih bersifat kolektif.

Apakah sebetulnya peranan seniman dalam masyarakat? Apakah peranan sosial yang seharusnya dimainkan atau dipegang oleh seniman, dalam konteks untuk meningkatkan kualitas hidup lingkungannya atau sosial?

Seni dan komuniti seharusnya diberi sokongan terutama dari badan-badan institusi seni kerana ia memberikan nilai, semangat bersama yang interdependent dan juga membangun budaya horizontal collectivism; iaitu menekankan peranan kolektif membuat keputusan di kalangan individu secara bersama, dan memegang prinsip sama rata. Ini adalah penting terutama  generasi muda, untuk  membangun sebuah komuniti yang lebih harmoni,  toleransi dan dinamik.

Seni Medium Aktivisma Kreatif

Anak-Anak padang jawa belajar tentang penting menjaga kesejahteraan kampung dan alam sekitar dan mural bersama

Anak-Anak padang jawa belajar tentang penting menjaga kesejahteraan kampung dan alam sekitar dan mural bersama

 

Seni boleh dijadikan medium aktivisma kreatif. Sebagai contoh, aktiviti mural di Padang Jawa yang dihasilkan oleh Aisyah Baharuddin bersama kolektif seni; TIGA (Tindakan Gerak Asuh) yang bekerjasama dengan anak-anak kampung dari Padang Jawa pada bulan Disember 2012, layak diangkat sebagai contoh baik.  Ini adalah kerana, konsep penglibatan langsung di antara seniman dengan masyarakat setempat, dengan menggunakan seni sebagai medium untuk membangun kesadaran tentang permasalahan di tempat mereka.

Aisyah Baharuddin seniman juga seorang ibu dengan dua putera, antara seniman berprinsip tegas yang sering mengangkat isu-isu tentang persoalan sosial dan persekitaran dalam tema beliau. Memegang prinsip seniman itu manusia dan bahagian dari masyarakat, beliau menegaskan seniman harus mempunyai nilai sensitif dan mempunyai tanggungjawab, dimana seniman harus peka terhadap masalah sekeliling masyarakat setempat. Seni bukanlah untuk seni sahaja, seniman itu juga harus bersama-sama dan turun padang dalam menjadi bahagian dari solusi permasalahan tempat tinggal dan sosialnya. Seni boleh membangun kesadaran tentang isu yang ingin diketengahkan. Baginya adalah menjadi tugas seniman untuk bertindak menggunakan seni sebagai senjata dalam memberi kesadaran tentang permasalahan setempat.

Prinsipnya, ruang publik adalah ruang pameran untuk mengangkat isu-isu setempat, hasil dari kerjasama seniman dan masyarakat setempat. Aisyah percaya, seniman itu harus dekat dengan persekitarannya. Projek mural yang diadakan pada Disember 2012, dihasilkan kerjasama antara TIGA dan sekitar 20 orang anak kampung dari Padang Jawa. Bermula dengan modalnya sendiri, tanpa bantuan atau dana dari mana-mana institusi kesenian, Aisyah bergaul dengan tetangga kampungnya untuk mendapatkan sokongan, dan membangun kepercayaan dikalangan mereka. Ini adalah untuk mengajak anak-anak kecil seumuran 8 hingga 13 tahun terlibat dengan projek belajar dan mural bersama.

737544_190073904471730_1903585465_o

Sederhana dan apa adanya: Aisyah, anak-anak padang jawa yang ikut serta juga sukarelawan, sama-sama menonton film pendek dan dokumentasi projek mural yang pertama

Baginya sudah menjadi tanggungjawbnya sebagai seniman yang juga warga yang tinggal di Kampung Kurrupiah, Padang Jawa, untuk memberi pendedahan tentang permasalahan setempat mereka, dengan memperkasa anak-anak kecil ini untuk menjadi lebih peka, dan memahami pentingnya peran manusia terhadap kehidupan yang lebih mampan. Ini telah diadakan melalui beberapa perbincangan santai tentang pentingnya aktiviti kitar semula barang-barang terpakai, kebaikan penggunaan basikal dan perkhidmatan awam, kebersihan tanggungjawab bersama, dan sebagainya  telah membangun sikap peduli tentang persekitaran pada anak-anak ini.

Dengan penglibatan secara langsung bersama anak-anak kampung, program kesenian seperti ini bukan hanya memberi kesadaran tentang permasalah di kampung mereka, tetapi mereka menjadi bahagian dari solusi. Dengan adanya program kesedaran tentang isu ini, ia menampakkan perubahan sikap positif dimana anak-anak ini menjadi lebih perihatin. Aktiviti mural bersama, adalah sesuatu yang baru untuk anak-anak kampung padang jawa dan telah menjadi aktiviti bermanfaat. Mereka telah aktif mengindahkan dinding kampung dengan mural dan pesan-pesan pentingnya memelihara alam dan menjaga kebersihan kampung. Hal ini menunjukan bahawa dengan bahasa seni yang universal ia dapat membenihkan nilai yang mendalam pada nilai kemasyarakatan itu sendiri.

Seni yang baik bukan hanya mempunyai konsep dan isi yang dalam, tetapi juga harus di imbangi dengan teknik menghasilkan karya seni. Ini adalah konsep penting yang harus difahami, kerana baginya mural itu bukan Vandalisma, dan apa yg membezakan vandalisma dan seni di ruang publik adalah, teknik yang digunakan dan pesan yang ingin disampaikan. Pesan-pesan haruslah mempunyai nilai baik atau setidaknya mengambil kira sensitiviti masyarakat sekeliling itu.  Dalam hal ini, Aisyah telah memilih mural sebagai teknik pengucapan untuk menyampaikan pesan-pesan ini keseluruh warga kampung. Bengkel dan aktiviti mural bersama, telah jalankan dengan  untuk memberikan pendidikan dan kemahiran tentang cara-cara teknik menghasilkan mural dengan kaedah yang betul . Mereka telah mengangkat idea dari kesadaran tentang isu-isu yang mereka hadapi seperti masalah banjir, persekitaran yang kotor, pentingnya penjagaan alam sekitar bersama menjadi tema mural. Dari pendidikan dan nilai kesadaran yang ada sekarang ini, secara perlahan telah mengakar kesadaran kolektif tentang pentingnya menjaga kampung mereka menjadi sebuah lingkungan yang lebih baik dan menjaga nilai itu menjadi tanggungjawab bersama.

Proses menghasilkan mural,   diskusi dan perbincangan apa itu mural

Antara anak-anak kampung padang jawa yang mengikuti proses menghasilkan mural; diskusi dan perbincangan tentang mural, teknik dan sebagainya

Mari mural sama-sama

Mari mural sama-sama

Bertitik-tolak dari projek mural ini, TIGA (Tindakan Gerak Asuh) bersama sama anak-anak kecil yang sekarang ini telah mengelar kumpulan mereka “padang jawa street art crew ” berencana untuk mengadakan pesta seni ruang publik di kampung mereka yang akan berlangsung selama seminggu pada bulan 23 -31 Mac 2013. Acara ini akan di semarakkan dengan program, Bengkel Seni Mural, Pameran dan Pertandingan Mural. Acara kemuncak akan diadakan selama tiga hari iaitu persembahan seni, majlis perasmian dan penyampaian hadiah diikuti dengan Jelajah Mural.

Jadual Street Art Festival 2013, yang akan diadakan di Mac nanti

Jadual Street Art Festival 2013, yang akan diadakan di Mac nanti

**lagi foto-foto dibawah artikel 

Peranan Seniman dalam Pembentukan Sosial Masyarakat

“Estetika itu kongkret (nyata), sebab ia adalah manifestasi dari persoalan yang nyata, kesadaran yang membuat sebuah nilai memiliki nilai.” Digie Sigit; seniman street artist Jogjakarta, Indonesia

Secara kesimpulannya, dedikasi dan tahap ketekalan seniman-seniman yang gerak kesenian nya lebih mesra dengan masyarakat seharusnya layak diberi penghormatan. Ini adalah kerana, matlamat utama kesenian mereka ini, bukan untuk menghasilkan sebuah karya seni bertujuan untuk jualan atau memenuhi ruang pameran, tetapi lebih nyata sebagai seniman aktivis sosial budaya yang meletakkan diri di stratifikasi masyarakat.

Antara peranan penting yang diambil oleh seniman-seniman ini adalah, dengan membuka “wacana” tentang kesenian dalam masyarakat di luar kelompok seni, mempromosi dan menjalankan aktiviti seni dan kebudayaan yang lebih progresif di tengah-tengah masyarakat. Penglibatan secara langsung seniman dengan masyarakat yang “turun padang”,  juga mampu membangun pandangan positif masyarakat tentang pentingnya peranan seniman dan seni dalam perkembangan sosial dan budaya sesebuah negara.

774541_198899363589184_607178852_o

Seniman yang memegang kepada prinsip “Seni untuk Masyarakat” yang mana sifatnya tidak individualistik dan memecah “egocentric” atau narsisme seorang seniman, mampu dengan secara kritis membangun kesadaran tentang kondisi kehidupan dan meletakkan nilai kemasyarakatan dalam penghasilan seni. Penghormatan tidak seharusnya berbentuk trophi, sijil atau permit dari badan kesenian atau pihak berkuasa, tetapi seniman dan aktiviti seni untuk masyarakat ini, selayaknya diangkat dan memartabatkan oleh semua pihak. Institusi negara contohnya, wajib melibatkan diri secara langsung dalam mendokumentasi proses perjalanan projek-projek seni dan komuniti, dengan memberi sokongan seperti kemahiran dan tenaga kerja atau dana demi membantu seniman-seniman ini menjalankan peranannya untuk membangunkan kesenian di negara ini.

Sangat mengada-ada jika saya mengatakan bahawa seni boleh mengubah negara, tetapi saya percaya setidaknya, seni membuka minda individu dan orang ramai terhadap permasalahan dalam kehidupan mereka dengan lebih mudah diterima, melalui kerja kesenian yang menggalakkan penglibatan langsung di antara seniman dan masyarakat.

Seni yang melibatkan secara langsung dengan komuniti/masyarakat itu mampu menjawab persoalan-persoalan diatas, kalau pun tidak mengubah negara, ia mampu mencerminkan tentang kondisi hidup komuniti kecil masyarakat kampung, ia mampu membangun kesadaran individu tentang permasalahan kehidupan mereka, dan ia mampu mengajak orang-orang setempat beraktiviti dan belajar bersama tentang cara-cara menambah baik hidup di tempat mereka, dengan menggunakan medium seni dan medium kreatif lain.

Sesi suaikenal dan jelajah kampung untuk sukarelawan, ini untuk berkenalan dan sesi perbincangan tentang isu2 setempat dan idea tentang projek mural padang jawa

Sesi suaikenal dan jelajah kampung untuk sukarelawan, ini untuk berkenalan dan sesi perbincangan tentang isu2 setempat dan idea tentang projek mural padang jawa

Secara “praktik”, seniman biasanya menghasilkan karya seni yang selalunya bersifat eksklusif. Seniman yang gerak kerjanya di ruang publik atau memilih berkesenian bersama komuniti menolak unsur-unsur ekslusif itu kerana prinsipnya bahawa seniman adalah dan menjadi bahagian dari masyarakat dan seni itu harus user-friendly dengan masyarakat. Seniman yang ingin bergerak dengan komuniti juga harus sadar bahawa mereka tidak boleh berlagak seperti “dewa kebudayaan”. Sikap “aku adalah seniman” atau “ini idea aku” haruslah dilempar jauh, dan meletakkan diri sebagai sebahagian dari penghasilan karya seni. Seniman haruslah berani dan sanggup memecahkan konsep kerja seninya.

Seni tidak lepas dari estetik. Estetik itu adalah dari penilaian terhadap sentimen dan rasa, yang dirasa oleh seniman dengan  hal-hal yang nyata, dekat dengan dirinya dan masyarakat. Oleh kerana itu, kerana seni tidak lepas dari nilai-nilai estetik ini, seniman berperanan dan haknya untuk mengangkat persoalan, atau membangun kesadaran tentang isu-isu kehidupan dan sosial dalam memberi erti nilai masyakarat. Dalam erti kata lain, seburuk apa pun kondisi sesebuah masayakat itu, ia tetap akan berwarna dengan adanya kehadiran seni dan budaya, dan itu adalah sebuah harapan yang harus diperjuangkan.

Foto-foto :

Mural kedua yang dihasilkan dengan mengunakan subject matter dari alam

Mural kedua yang dihasilkan dengan mengunakan subject matter dari alam

774239_200019890143798_1714990683_o

Anak-anak padang jawa bersama-sama mencari donasi dengan jualan barang2 2ndhand seperti permainan, baju mereka di pasar pagi. Ini untuk membantu mencari dana utk biaya material dan menjayakan festival march nanti

Anak-anak padang jawa bersama-sama mencari donasi dengan jualan permainan 2ndhand mereka  di pasar pagi. Ini untuk membantu mencari dana utk biaya material dan menjayakan festival march nanti

Anak-anak padang jawa bersama-sama mencari donasi dengan jualan barang2 2ndhand seperti permainan, baju mereka di pasar pagi. Ini untuk membantu mencari dana utk biaya material dan menjayakan festival march nanti

Sesi wawancara the Star dengan anak-anak padang Jawa

Sesi wawancara the Star dengan anak-anak padang Jawa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk Maklumat lanjut tentang festival atau ingin melawat kami, sila hubungi:

Aisyah Baharuddin Hp O13-6613243 / emel – tindakangerakasuh(a) gmail(.) com http://www.facebook/street art festival 2013 padang jawa