Seni dan politik, adakah seni itu politikal?

Aku ada membaca artikal yang menarik yang aku mau berkongsi bersama.Dalam penulisan esei Mark Vallen, Why all art political, beliau membincangkan tentang seni dan politik . Jika sebelum ini, penulisan aku menyentuh tentang seni itu melibatkan pengalaman yang tidak lepas dari kritik sosial, kali ini, aku akan berkongsi tentang sebuah penulisan oleh M.Vallen ini tentang seni dan politik. Walaupun konteks perbincangan ini adalah di Amerika, tetapi aku rasa adalah menarik untuk kita kongsi dan dipikirkan bersama secara lebih kritikal dalam konteks untuk membangunkan dan mewarnakan lagi seni di sini.

Seni itu politik? Kenapa?

Dalam penulisan Mark Vallen- Oct 2004, pada Jun 2004 The New York Foundation for the Arts telah menjalankan survey online untuk melihat pendapat orang ramai berkenaan “seni politik”. Dari 3000 yang terlibat memberi respon, sebanyak 69% merespon “seni yang berunsur politik itu membosankan” 4% berpendapat bahawa “politik tidak harus terlibat dengan seni” dan 27% menghargai “seni politik”

Tetapi apa itu “seni politik” dan siapakah yang mengiktirafkannya?

Didalam penulisan M. Vallen, dia menjelaskan dimana karya2 seperti Ben ShahnDiego Rivera dan Käthe Kollwitz adalah karya-karya yang berbentuk komentar tentang sosial dan pemerhatian mengenai keadaan dunia. Adakah karya-karya seperti ini membosankan?

Menurutnya, sewaktu Michelangelo menghasilkan karya Sistine Chapel di bumbung Vatican, adakah proses penghasilan karya tersebut bebas atau lepas dari politik? Apabila abad ke 19 di Eropah seniman klasikal menghasilkan karya catan exotic” orientalist” orang Arab semasa tempoh penjajahan sengit Barat, adakah imej mereka bebas daripada sudut pandangan politik? Apabila Nelson Rockefeller yang telah merujukkan abstrak expressionisme moden kepada “ catan perusahaan bebas”, tidakkah beliau menawarkan definasi politik seni?

Didalam penulisannya banyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan dan penting untuk dipikirkan bersama, antaranya; Adakah seniman harus membatasi diri menghasilkan karya seni dengan subjek bukan kontroversi dan meninggalkan keprihatianan dan persoalan politik kepada ahli politik? adakah dengan berbuat seperti ini kesejahteraan manusia akan lebih baik?

Sejarah memberikan banyak contoh bagaimana hubungan sosial boleh memberi impak kepada seni. Di barat contohnya, secara tradisinya, gereja, negera, dan orang kaya antara yang memberi dana untuk kesenian untuk menambah dan meningkatkan prestij dan kuasa politik mereka.Jelas paradigma yang terlalu banyak hubungan politik . Menurut M.Vallen, kini yang menentukan kejayaan atau kegagalan seni sebahagian besarnya adalah kuasa pasaran, dan siapakah di kalangan kita akan mengisytiharkan pelbagai mekanisme kapitalisme bebas itu bebas dari politik? Menurut beliau, kerana ekonomi, buruh dan perdagangan itu difahami dan merangkumi dalam alam politik, maka seni, yang terikat dan mempunyai kaitan dengan bidang-bidang ini, secara automatik sebahagian daripada proses politik.

Walaubagaimanapun isi dan makna, di manipulasi dan diubah oleh pelukis dari bahan mentah menjadi sebuah bentuk karya seni. Ia akan dilihat sebagai politikal jika secara faktanya contohnya seniman mengambil peduli siapa yang menghasikan bahan-bahan mentah dengan mengambil kira kesusahan orang-orang ini sewaktu proses penghasilan bahan mentah. contohnya, siapa yang menghasilkan bahan mentah yang digunakan untuk mengasilkan satu karya seni? berapa banyak upah yang diterima dengan bekerja di kilang yang membuat bahan mentah spt cat, berus tsb. Apakah kondisi tempat mereka bekerja? Jika kita melihat dalam konteks itu, bolehkah apa-apa bentuk seni benar-benar berada di atas politik?

Seperti dalam teori John Dewey dan Alexander Spirkin dalam penulisan Guernica, Dewey and Spirkin, boleh dibuat kesimpulan dimana seni itu tidak hadir dalam ruang hampa (vacumm) dan seniman tidak menghasilkan seni dalam ruang hampa, mereka tidak lepas dari masyarakat dan masa di mana mereka bekerja/bekarya. Seorang artis boleh merealisasikan kejayaan estetik dan memilih untuk mengabaikan masyarakat, tetapi memilih untuk sengaja tidak mengambil peduli mengenai perkara-perkara sosial juga boleh dilihat sebagai kedudukan politikal.

Tetapi bagaimana pula dengan sifat-sifat teori seni, tidakkah ia menempatkan seni mempunyai posisi tinggi di atas dunia rasuah politik dan materialisme kepada masyarakat? Mampukah kerohanian seni menyimpan bebas daripada kekangan ketamakan? Tidakah aspek jelas seni adalah meletakkannya di atas kebimbangan duniawi dan keduniaan? Ya dan tidak. Seni akan sentiasa berusaha untuk menjadi bebas dari belenggu masyarakat, dan itu selamanya akan berfungsi sebagai saluran untuk diri manusia lebih tinggi, persoalan yang dikemukakan oleh Vallen di sini, lebih membayangkan hubungan asas antara seni dan realiti material. Ini adalah fakta yang kuat bahwa seniman harus makan dan membayar sewa, dan karena itu juga merupakan fakta bahwa kita terikat dengan pengaturan politik. Seni menjadi satu ekspresi persimpangan politik dan diri seniman.